Contact Form

Name

Email *

Message *

Thursday 29 May 2014

Cucur bom manis - Blog Resepi Malaysia - Blog Resipi Malaysia | Blog Resipi Malaysia

No comments:
 

Cucur bom manis - Blog <b>Resepi Malaysia</b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b> | Blog Resipi Malaysia


Cucur bom manis - Blog <b>Resepi Malaysia</b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 27 Apr 2014 01:22 PM PDT

Kita ke segmen resepi kali ni. Resepi Nasi Ayam, 11 langkah mudah. Pantas dan super sedap. Dan paling penting resepi ni tak mengunakan sebarang stok ayam tiruan. Semuanya asli, macam vitamin Shaklee.

Resepi ni asal dari ibu Eray. Dulu kami meniaga nasi ayam. Dan resepi nilah yang digunakan. Orang sekali datang, pasti datang lagi. Katanya sos nya yang super kick.

Ok, part intro dah. Kita tengok bahan-bahan dan cara masak resepi nasi ayam nie.

Untuk 5-6 Orang Makan:

Bahan-bahan:

  • Beras 4 pot
  • Ayam 1/2 ekor
  • Air secukupnya
  • Bawang Besar 2 ulas (saiz sederhana)
  • Bawang Putih 3 ulas
  • Halia 1 inci 
  • Kicap 
  • Sos Tiram
  • Madu
  • Sos Cilu
  • Sos Tomato
  • Garam
  • Gula
  • Salad 2 pokok
  • 5 biji cili merah besar
  • Timun 1 batang
  • Tomato 2 biji
  • Daun Sup/Bawang sikit

Caranya:

1-Untuk air rebusan ayam, tumbuk/blend 1 1/2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan 1 inci halia.

2-Panaskan minyak, tumis sampai nak bau wangi.

3-Masukkan ayam, masakkan sekejap dalam 5 minit dan letak air dan garam secukupnya. Macam nak buat sup ayam.

4-Biarkan ayam setengah masak. Tutup api. Dan keluarkan ayam.

5-Perapkan ayam dengan kicap, sos tiram dan madu.

6-Untuk nasi, tumbuk/blend 1/2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih.

7-Lagi sekali panaskan minyak dan tumis. Masukkan beras (basuh dulu dan toskan air) goreng sekejap. Kemudian, masukkan air rebusan ayam secukupnya (macam nak masak nasi biasa). Boleh campak sehelai dua daun pandan untuk bau wangi harum.

Tips: Boleh terus masak nasi dalam rice cooker. Atau, boleh tumis dulu atas dapur, lepas tu pindah dalam rice cooker. Biarkan nasi masak. Nak wangi letak daun pandan 2-3 helai.

8-Untuk resepi sos nasi ayam, blend lada merah, 1 ulas bawang putih, masukkan sekali sedikit sos cili, sos tomato, garam dan gula. Paling penting, masukkan sedikit air rebusan ayam. Kemudian masak jap atas dapur hingga pekat. Boleh custom nak pedas ke nak manis. Adjust sendiri.

9-Untuk ayam, setelah diperap. Bolehlah goreng. Atau nak grill ke panggang pun boleh. Nak sihat grill. Lebihan air perapan ayam tadi, boleh diguna sebagai kuah kicap. Tak cukup, tambah kicap dalam air tadi. Nak tahan lama, masak sekejap. Tak nak pun takpe.

10-Untuk salad, potongkan daun salad, timun dan tomato (buang biji untuk elak salad berair). Lepas tu boleh letak sikit cuka atau perahan lemon. Kalau tak nak buat camni pun takpe. Ikut selera korang.

11-Masukkan daun sup dan daun bawang ke dalam lebihan air rebusan ayam. Nak letak bawang goreng pun boleh.

Dah siap, lepas tu boleh lah disediakan. Mudah sungguh resepi nasi ayam ni. Tak perlu pakai rempah sup, atau rempah tiga serangkai. Sangat sesuai untuk keluarga yang ada anak-anak kecil yang tak makan pedas.

Lagi satu, resepi nasi ayam ni tak menggunakan sebarang stok ayam tiruan. Hanya yang semulajadi.

nasi ayam sedap, nasi ayam madu, nasi ayam special, nasi ayam simple

Macam vitamin Shaklee, 100% semulajadi. Sekarang berlansung promosi Vita Lea (Multivitamin), beli 6 percuma 1. Jika nak hidup sihat, amalkan pengambilan makanan tambahan. Kerna makanan seimbang yang kita makan kandungan zat dan nutrisi tak sama seperti dulu. Maklumlah pencemaran, radikal bebas, terlebih masak dan sebagainya.

Makan makanan tambahan umpama, hantar anak pergi ke tuisyen. Walaupun kat sekolah cikgu dan ajar semua. Tapi masih ada 'loop holes'. Jadi sebagai pelengkap, kita hantar anak ke kelas tuisyen. Sama macam supplement, ia melengkapkan nasi dan lauk pauk yang kita makan.

Kesihatan kenalah jaga. Kereta boleh hantar servis bila sampai masa. Tapi badan kita? Takkan nak biar tak berservis? Kereta rosak boleh ganti lain. Badan rosak, boleh ganti badan? Ok jangan lupa try resepi nasi ayam nie ya.

Berminat nak cuba ambil multivitamin (Vita Lea Shaklee)?

Harga sebotol RM88.00, ada 120 biji. Tahan sehingga 4 bulan. Nak?

Hubungi Eray di 016 773 1892.

Piala Thomas <b>Malaysia</b> Bertemu Jepun di Final Dan <b>Resepi</b> Shushi <b>...</b>

Posted: 23 May 2014 07:24 PM PDT

As Salam, semoga semua warga Malaysia hari ni sihat-sihat belaka, chef obie macam biase ceria aje,

semalam mesti korang ade sikit rasa banggakan , mana taknya team badminton kite untuk

Piala Thomas kali ni berjaya menempatkan diri ke final, chef obie ucapkan tahniah kepada

semua pemain semalam- Datuk Lee Chong Wei, Gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How dan perseorangan ke dua negara Chong Wei Feng!...hope esok di final mampu bawa pulang Piala Thomas selepas lebih 22 tahun tak merase .... Good Luck!

MALAYSIA menamatkan penantian selama 12 tahun untuk layak ke final Piala Thomas 2014 selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada peringkat separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di sini, malam ini.
   

Skuad negara telah melepasi sasaran separuh akhir pada edisi kali ini dan sekali lagi mempunyai peluang untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun untuk menjulang piala berprestij itu yang dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.
   
Malaysia akan bertemu pendatang baharu Jepun pada final, Ahad ini.
   
Sebelum ini, pada satu lagi saingan separuh akhir sebelah petang, Jepun melakarkan sejarah untuk mara ke final buat pertama kali apabila mengejutkan juara bertahan China 3-0.
   
Malaysia kali terakhir beraksi di pentas final pada edisi 2002 di Guangzhou, China, apabila kalah 3-2 kepada Indonesia.
   
Pertarungan yang dijangkakan sengit nampaknya meleset sama sekali apabila jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan kemenangan mudah 21-19 dan 21-13 ke atas Tommy Sugiarto dalam masa 52 minit.

Mata pembukaan oleh Chong Wei itu menyuntik semangat kepada beregu utama negara, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How untuk memburu mata kedua dengan berdepan pasangan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.
   
Beregu negara memenangi set pertama 21-19 sebelum kalah 18-21 pada set kedua sebelum beradu nasib pada set penentuan sebelum menang 23-21 dalam pertarungan sengit selama 55 minit.
   
Perseorangan kedua negara Chong Wei Feng memastikan Malaysia melangkah ke final dengan bergaya apabila menundukkan Dionysiu Hayom Rumbaka dengan 21-10 dan 21-17 dalam masa 43 minit.
   
Chong Wei berkata impiannya untuk melepasi sasaran separuh akhir yang ditetapkan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya terkabul.
   
Pemain nombor satu dunia itu menyifatkan kejayaan Jepun menyingkirkan juara sejak lima edisi lepas China sebagai sesuatu yang hebat tanpa diduga.

"Kita akan melakukan yang terbaik di pentas final," kata Chong Wei.
   
Secara keseluruhan, prestasi pasukan adalah baik terutamanya kejayaan Wei Feng yang memenangi semua perlawanannya pada penampilan sulung di kejohanan ini, katanya.
   
Dalam pada itu, Boon Heong berkata keyakinan dirinya bertambah selepas mengalahkan beregu terbaik dunia dari Indonesia itu.
   
"Semangat kita memang cukup bagus hari ini. Walaupun kita kalah set kedua tetapi tidak menyerah kalah. Walaupun kami ada keyakinan sekarang tetapi kami perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan Jepun," katanya.
   
Pada saingan Piala Uber, China menewaskan Korea Selatan 3-0 untuk mara ke final dan akan berjumpa dengan pemenang antara tuan rumah India dan Jepun. - Bernama

Kredit : Sinar Harian 24 Mei 2014

Seperti yang dijanji, chef obie kongsikan resepi mudah untuk membuat sushi..maklumlah esok team kite Malaysia nak berentap dengan Team Jepun, jadi chef obie saje la kongsikan makanan asas orang jepun iaitu Shushi!Selamat Mencuba...


Resepi Sushi mudah



sushi yang belum dipotong @ dihiris

kicap soya cair dan wasabi



Bahan:

-          Siapkan nasi untuk sushi ( guna beras sushi jenama sumo)

boleh beli kat tesco, jaya jusco..kat pasaraya biasa pun boleh dapat sekarang ni.

-          1 lembar rumput laut kering (nori) yang berbentuk lembaran besar

-          1 batang timun jepun yang telah dipotong memanjang

-          1 biji telur, lalu dibuat dadar bulat

-          Filamen ketam secukupnya

Cara membuat Sushi:

1. Pertama gunakan shushi bamboo mat atau alat untuk menggulung sushi, lalu letakan selembar nori diatas bamboo mat tersebut dan ratakan nasi secukupnya.

2. Lalu susun telur dadar yang sudah anda buat, masukkan filamen ketam, dan timun diatas nasi. Kemudian nasi tersebut di gulung secara perlahan dan padat.

3. Setelah itu dihiris Sushi yang sudah anda gulung mengikut kesesuaian selera anda. Sajikan Sushi dengan  kicap soya cair dan wasabi. 

Cubalah try buat sushi pulak...



Kepada anda warga kl, selangor dan area putrajaya & dengkil Jom datang beramai-ramai ke Sureheboh / festival Belia Putrajaya bermula 23/05 Jumaat, Sabtu 24/05 dan Ahad 25/05

TEPUNG HAIRAN menanti anda disana,- PERCUMA Cupcake dengan setiap pembelian tepung hairan!

Jom cari 

Booth Tepung Hairan Di Putrajaya

Hubungi : Sabariah (  Dough Republic )

Tepung Hairan Putrajaya

012 312 6979

"berakit-rakit ke hulu berenang renang ke tepian...bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian...gitu kata cikgu chef obie masa darjah 4 utarid SKM, Puan Kauthar" peace yo!

Sambil tu layan video dari Taeyang

"Wedding Dress"

Cucur bom manis - Blog <b><b>Resepi Malaysia</b></b> - Blog Resipi <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2014 02:09 PM PDT

Nasi kabsah berasal dari Yaman dan amat digemari di negara teluk. Asas pada resipi ini ialah kayu manis, lada putih, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Ini rempah wajib, tak ada lain janji ada benda ini pun tak apa.

Bahan-bahannya (6-8 orang):
2 sudu makan minyak zaitun
1 kg ayam
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih
hirisan dari kulit 1/2 biji lemon
segenggam daun ketumbar
1 biji lobak merah saiz kecil
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 batang saiz kecil kayu manis
1 sudu lada putih
1 sudu lada hitam
1 helai daun salam (bay leave)
garam dan lada hitam secukup rasa
1 cawan air
3 cawan beras panjang
1/4 cawan kismis
¼ cawan badam

Kaedah memasak:

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau. 

2. Kemudian masukkan ayam dan goreng.

3. Apabila daging mula masak keperangan, masukkan lada hitam, lada putih, kayu manis, buah pelaga, daun salam (bay leave) cengkih, buah pelaga dan kayu manis serta garam dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan dalam seminit.

4. Masukkan 4 cawan air. Rebus ayam separuh masak. Lebih air sebab nak buat kuah sup dalam 3/4 cawan.

5. Kemudian tambahkan tomato, lobak merah, hirisan kulit lemon dan daun ketumbar. Biar seminit dan tutp api.

6. Tambahkan beras dan gaulkan seminit sehingga rata sehingga naik bau. Kemudian baru tambahkan air. Tapi bagi teknik menukarkan ke dalam periuk nasi, masukkan ayam dahulu, kemudian beras 

7. kemudian barulah air rebusan ayam tadi. Masak nasi selama 20 minit atau sehingga air sejat. Pastikan sebaik sahaja air sejat baru tutup api/elektrik, bukan apa.. nanti hangit.

Bila air dah kering, padamkan api dan perasakan dengan jus oren/lemon. Tutup periuk sekejap supaya jus lemon.oren tadi meresap dalam 5 minit.

 

8. Akhir sekali, hiaskan dengan papadam, serunding daging, badam dan kismis.

Selamat mencuba

Aktiviti hujung minggu - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 12 Apr 2014 11:13 PM PDT

lunch hari ni.... biru mata hitamku. he he he. beef lasagna yang bukan kak rose buat pun. Lanai mari punya. rasanya lama dah tak makan ni, nak buat sendiri tu mmg idok le ade kerajinan tapi makan mmg laju jer... incek asben belikan kat tempat kursus, apa lagi dengan senang hati panaskan dan ngap je la..
 sebelum pekena lasagna tu, amik buah2 dulu. ni pun nasib baik teringat, kalau tidak tu main belasah jer lepas main meal baru ingat nak makan buah! dah jadi kebiasaan, nak buat camner kan?
 untuk tidak merasa guilty sbb makan lasagna yang sangat rich dengan mince meat, white sauce dan cheese tu, kononnya potongkan timun jepun, daun salad n tomato untuk jadi peneman....

taburan cheese yang buat rasa bersalah.... tapi bila ngap dah lupa semua tu. laju jer menyuap!

beef lasagna dengan melted cheese yang sangat yummy....

<b>Resepi</b> Kek Aiskrim | <b>resepi</b>-selera-<b>malaysia</b> - Busuk.org

Posted: 20 May 2014 04:52 PM PDT

resepi kek rentung belog


resepi kek kukus mealshakes nestum gebu


resepi blackberry cheese kek


resepi carrot cake kek lobak


resepi rainbow kek pasti jadi sedap


resepi kek gula hangus


merble kek gebu dan aiskrim vanilla


resepi kek minyak


resepi kek cawan coklat kukus


coklat lava kek resepi rahsia


resepi cheese kek


resepi kek marbel


merble kek gebu dan aiskrim vanilla


resepi aiskrim goreng


coklat lava kek resepi rahsia


resepi kek batik simple dan sedap


resepi kek coklat


kek pavlova resepi paling senang


resepi kek velvet moist


rabu resepi kek santan


resepi kek coklat moist


No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia