Contact Form

Name

Email *

Message *

Monday 5 May 2014

Baby bread pudding - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Baby bread pudding - Blog Resepi Malaysia


Baby bread pudding

Posted: 05 May 2014 10:35 PM PDT

 sessi nak menghabeskan roti yang nak tamat riwayat.... x baik membazir, so buat lah puding mudah2 ni... senang disediakan dan cepat jugak dapat nak ngapnya... dengan bahan simple yang ade kat dapo, jadilah untuk menu minum petang semalam... ikut resepi ni ngam2 untuk loyang sm munger2 ni, jadi kalo nak buat untuk keluarga yang ramai pandai2 la ejas ya....

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun)
  • mangkuk muffin - disapu majerin (kak rose guna sm - x yah sapu butter dah!)

 half way through in the oven.... kembung cantik tapi atas x garing lagi.....

 Cara-cara
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

Salam Jumaat.....

Posted: 01 May 2014 08:42 PM PDT

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari.... kak rose nak tepek sunah2 yang  baik dilakukan dan juga adab2 hari Jumaat untuk kita kongsikan bersama... terutama peringatan untuk diri sendiri yang selalu leka saja.... juga aktiviti kak rose setiap pagi jumaat bersama jemaah muslimah kawsan perumahan kat sini iaitu bacaan surah Al-Khafi yang diantara perkara yang baik dilakukan pada hari Jumaat. dengan adanya majlis macam ni sebenarnya merapatkan lagi silatulrahim antara penduduk kat sini....
 sebelum bacaan bermula.... pot pet sambil berkenal2.... maklumlah ade juga yang tak pernah jumpa sebelum ni... Alhamdullilah, dengan adenya majlis ni dapat juga berkenalan...
 memasing dengan cerita ceriti yang tersendiri.... ade saja yang nak dibualkan...
 ketua muslimat sedang beri penerangan sebelum bacaan bermula, supaya nanti bacaan kita akan lebih sempurna dari yang sudah2.... terima kasih Puan Hajah Mariam Yusoff, guide kami to the right path dan siap dengan tafsiran sekali....
dan untuk bekpes selepas bacaan ari ni kak rose buat apam gula merah yang kembang mekar setaman ni... bila dah ade bermacam2 kuih terhidang, x tau mana satu nak makan... sudahnya jadi tamak, semua nak makan. ternak lemak banyak2 dan pas tu rasa bersalah sbb makan banyak. tapi terima kasih pada kawan2 semua yang bawak bermacam2 kuih yang sedap2 tuh!

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia