Contact Form

Name

Email *

Message *

Wednesday 14 May 2014

Ubikayu kukus traffic light - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Ubikayu kukus traffic light - Blog Resepi Malaysia


Ubikayu kukus traffic light

Posted: 14 May 2014 06:39 PM PDT

 oleh kerana terpandang tayangan amal di fb, terasa sangat nak makan ubi kukus ni. kebetulan ade baki ubi yang kak rose bawak balik dari kampung selepas buat goreng n cicah sambal kicap jawa tu...tp akan tetap kak rose kenang kejadian ubi kukus ni... setelah masak kuih ni, en asben tepon dia nak balik sbb x sihat.... hati pun dah jadi x senang dibuatnya... masa tu kak rose dah ready sbb ade kuliah petang kat mesjid, tetiba dia ajak g sepital sbb doc soh buat blood test suspect denggi katanya. menggigil lutut rasa!

so kemaskan semua dan ikut g sepital, without an appoinment terus jer ke SDMC bahagian kecemasan... tunggu x lama terus amik darah dan akan dapat akan dapat result within two hours...so tunggu je la kat sepital tu....dan Alhamdullilah sangat2 keputusan blood test tu semua negative. apa2 pun kalau ade lagi simtom, doc soh g cepat2 ke sepital balik. harap2 x de lah semuanya..... so bolehlah balik rumah dan sambung projek dengan ubi kukus ni.... potong2 n gaul dengan kelapa, dapatlah santap dengan bahagianya, seperti kata Noor tu.
 meh kak rose kongsikan resepinya dari dapur Bicara Kak Noor, mekasih ya kongsikan resepi kuih orang lama2 yang diberi nafas baru.... wana wani tepek light kejadian ubikayu kukus ni. selalu tu kalau ade ubi ni cuma tau nak goreng or rebus berempah jer....kini dah ade koleksi resepi untuk ubi ni.
  • 1 1/2 cawan ubi kayu yang sudah di parut dan diperah air nya
  • 1 peket santan serbuk
  • 1/2 cawan gula putih atau 3/4 cawan gula merah
  • 3 sudu tepung ubi
  • 1 sudu margerin
  • secubit garam
  • kelapa parut secukupnya
  • pewarna merah,kuning dan hijau

Cara membuatnya

  • Masukan semua bahan dalam bekas besar kecuali kelapa parut, gaul semua biar rata dan sebati boleh jugak diblend kalau mau lebih halus tekstur nya
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan hijau merah dan kuning
  • Lengserkan tray dengan sedikit marjerin dan masukan lah satu2 dalam satu tray yang sama.
  • Yang ni akak masukan dalam acuan apam sukahati sendiri lah ya..
  • Boleh lah dikukus selama 30 minit atau sehingga masak dan pastikan kukusan tu telah dipanaskan dulu.
  • Bila sudah masak potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang sudah dicampur sedikit garam dn boleh lah disantap dengan bahagia nya sekali heheee..

Kari ikan masin dengan terung

Posted: 13 May 2014 10:02 PM PDT

 rasa lama sangat tak makan gulai kari ikan masin cenggini.... selalu goreng jer, kali ni buat pulak kari dengan terung bulat fresh dari kebun mak kat kampung... tangan mak memang sangat menjadi kalau menanam apa pun... keliling rumah penuh dengan pokok cili api, tepi jalan pun... dan menjadi rezeki orang yang lalu depan rumah mak. walaupun ciliapi sangat menjadi tp mak memang x makan pedas, not even slight pedas pun! terung pun sangat lebat berbuah, juga rezeki orang lalu, kebetulan ade lagi so kak rose pun amik bawak balik dan jadilah gulai dengan isi ikan kurau yang mahal ni...rm45/kg, tiga tahun dulu boleh dapat almost 2kg dengan rega ni! tp nak makan kena bli jugak la kan..
resepi gulai kari ni kak rose kopy dari hazila My Small Kitchen, mekasih ya....kak rose nak kongsikan kat sini lak...

Bahan Bahan

Ikan Kurau kering ( bahagian tulang ) - (anggaran 300 - 400 gms) - rendam seketika dan toskan

(kak rose guna isi ikan)

3 sudu makan serbuk kari ( saya gunakan serbuk kari daging)

1 biji terung panjang - potong menyerong

1 sudu makan cili kering kisar

1 cawan santan pekat

3 cawan air

Air asam jawa secukupnya

Garam secukupnya

Bahan Tumis

1/2 labu bawang besar - mayang *

1/2 biji tomato - hiris nipis *

1 biji cili hijau - hiris menyerong*

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 tangkai daun kari

Cara cara
  1. Tumbuk halus bawang merah,halia dan bawang putih. Campurkan bahan tumbuk, cili kisar dan serbuk kari dengan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga layu, masukkan bahan rempah yang telah digaul sebati dan daun kari, tumis hingga rempah masak dan naik minyak.
  3. Masukkan santan dan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan kering dan biarkan seketika. Kemudian masukkan jus asam jawa dan juga terung.
  4. Perasakan dengan garam ( jika perlu ), biarkan hingga masak dan bolehlah diangkat.

ni la ikan masin yang mahal tu.... huhuhu....


 

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia