Contact Form

Name

Email *

Message *

Saturday 24 May 2014

Bekpes pagi tadi.... - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Bekpes pagi tadi.... - Blog Resepi Malaysia


Bekpes pagi tadi....

Posted: 24 May 2014 12:17 AM PDT


heavy bekpes dihujung minggu.... nasi dari lunch semalam yang banyak berbaki, daripada terbiar membazir baik juga buat nasi goreng untuk bekpes pagi tadi... menu lain sket dari biasa yang cuma toast n jam saja kan... tp bila ade nasi, siap menambah2 lagi pulak tu.... nasi goreng daging resepi dari AlongRoz yang dah banyak kali kak rose buat n tepek kat sini resepinya... so sapa2 nak mencuba silakan ya, memang sedap hingga licin pinggan.... kak rose ler tu!!!!

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege (kak rose buh kubis n carrot jer)
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Mangga n libido?

Posted: 23 May 2014 02:38 AM PDT

 As salam dan selamat petang. rezeki hari Jumaat penghulu segala hari.... apa punya tajuk kat atas tu kan.... mil datang dengan buah tangan yang sangat sedap ni... yang hijau ni fresh from her pokok depan rumah, memang besar2 buahnya. ade ketika sebiji hingga mencapai hampir satu kilo beratnya... walaupun berbuah lebat, tapi sebab pokok didepan rumah dan dahan banyak yang terjuntai keluar pagar, maka buah pun as if menjadi milik orang yang lalu lalang kat situ... kadang tak sempat membesar dah kena sapu....redho je la kan...
dan yang ni pun dia bawak jugak, tp beli punya la. makan bagai tak hengat dengan kandungan gula yang tinggi, tp lupakan dulu soal tu... yang penting dapat menikmatinya dengan nyaman sekali! pernah dengar tak pasal kandungan vitamin E dalam buah mangga boleh meningkatkan libido....betul ker ni? tak percaya boleh tengok sini.... ayo yo....dah tua2 ni jadi takut pulak nak makan buah mangga banyak2....he he he....

Swirl pasta goreng

Posted: 22 May 2014 03:53 AM PDT

 semalam punya menu. swirl pasta goreng ringkas dengan bahan apa yang ade jer.... kalau dah emergency, belasah jer la dengan bahan apa yang ade dalam fridge... kita yang buat dia, asalkan boleh dingap kira ok la tu kan.. tapi sempat jugak nak godek2 resepi....sbb x pernah buat goreng cam ni, kak rose lebih suka kalau ada kuah2 ala ala soup gitu... boleh hirup2 kuah tu kan...tp x pe la, goreng ni pun ok gak.
resepi sempoi ikut Anis' Diary punya makaroni goreng, meh kak rose kongsikan kat sini lak... ikut resepi ni, bila dah rebus punyalah banyak swirl pasta tu....so kak rose goreng separuh jer, dan separuh lagi ade bertapa dalam firdge!

Bahan-bahannya:

500 gram makaroni direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit kicap masin
sedikit garam
secubit gula
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan - kak rose gantikan frankfurters
daging ayam dihiris

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.

WW: boleh pilih tak?

Posted: 20 May 2014 10:06 PM PDT

Khairul Bariah said...

salam kak, setahu saya penjual kena ikut harga yg tertera pada tin tu atau lebih murah dari itu....kenapa pulak jual lebih mahal ye?

kausar said...

adoi ni kena report nihh kak rose...

zana fahmi said...

cari tempat lain kakrose, kita ada hak. kalau kakpb kan....sepuluh sen pun kira tau. bayangkan kalau 1 brg naik 10 sen atau 20 sen, barang lain tak masuk lagi.
melainkan kalau kita jauh dari kedai, terpaksa ler jawabnya.

Kak Rose said...

khairul Bariah, entah ler... ignore jer, pilih yang lain. cuma kita kena sangat berhati2 dengan label harga... sllu semak resit bila dah buat pembayaran!

Kak Rose said...

kausar, kak rose pun ade bagi tau dia punya staff, tp x tau apa tindakan selanjutnya!

Kak Rose said...

zana fahmi, menda2 camni kak rose pun very particular...sllu terkena,display harga dengan harga yg discan tu x sama... memang hangin satu badan la!

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia