Contact Form

Name

Email *

Message *

Friday 9 May 2014

Serimuka batik - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Serimuka batik - Blog Resepi Malaysia


Serimuka batik

Posted: 08 May 2014 10:01 PM PDT


 Salam Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua... nampak kuih serimuka batik ni kat blog Yatie dan rasa nak sangat mencuba tp kemalasan nak merebus pulut hitam tu sangatlah menebalnya....jadi bila semalam ade sedikit vitamin r sekembalinya dari siri jumpa doktor tu teruslah rendam pulut hitam dam masak guna pressure cooker hingga lembut...asingkan sedikit dan selebihnya jadilah bubur pulut hitam buat manisan petang semalam....

 sebenarnya x rajin nak buat kalau x de yang nak makan kan... so yang ni buat untuk buah tangan majlis bacaan surah Al-Khafi pagi tadi.... tinggalkan 4 potong untuk minum petang kami berdua nanti....resepinya kak rose cnp dari blog Yatie@Sinar Kehidupanku, tapi biasalah kejadiannya tidaklah secantik tuan punya resepi....asalkan rasa ttp umphhhh gitu! mekasih pada yang sudi kongsi resepi ni ya.
 

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 400 gm beras pulut
  • 100 gm pulut hitam
  • 300 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • 1sudu kecil garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam beras pulut sekurang2nya 3 jam. Saya guna pulut susu, tak rendam pun takpe.
  2. Sementara itu, rendam juga pulut hitam dlm bekas berasingan selama 3 jam. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk, lalukan di air paip dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu, masukkan pulut putih bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  4. Kukus pulut putih selama 30 minit.
  5. Apabila pulut putih dah masak, masukkan pulut hitam yg di rebus tadi dan gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".Sementara itu buat utk adunan lapisan atas.

Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air (10 helai daun pandan- diblender dengan air.-tapis ketepikan)
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje dlm 3 minit.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
  4. Bila dah masak angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik.

Jumpa 3 doc at one go!

Posted: 08 May 2014 08:02 AM PDT

 hari ni macam sessi hari berjumpa doktor lak..... sekali jalan terus pergi 3 klinik yang berlainan, nasib baik la semua berdekatan, within walking distance gitu.... memula tu g klinik Ranjit skin specialist for my allergic gatal2 tu, meh salahkan udang goreng celup tepung yang sangat sedap tuh! mmg ramai sangat2 kat klinik tu....kalau tak buat appoinment mmg jenuh menunggu la jawapnya...
dah dapat ubat, jalan kaki g pulak dentist.... actually appointment pada dec 2013 sampai hari ni baru dapat jumpa.... malas pun ia jugak, selagi x sakit gigi mmg susah la nak jumpa dentist kan... tp kak rose punya ni cuma untuk half yearly punya check-up, buat scalling  yang sangat ngilu tu... kena buat jugaklah tadi tu. krekkkkkk ngilunya! nasib baik x de yang berlubang bagai! dan masa nak keluar dari bilik dentist tu sama lah jugak pesannya.. "dont forget for next check-up" angguk jer, tp sllunya memang lambat le nak jumpa balik!
 dah abes jumpa dentist tu, g pulak klinik keluarga Lee ni... bertahun2 kak rose g klinik dia nih, even masa kat langkawi, setiap kali balik kl mesti g jumpa dia ni...very good doctor, kalau dia nak g bercuti lama, she will make sure that supply ubat2 kita cukup sampai nanti dia balik semula...
 dan hari ni jumpa dia untuk dapatkan bekalan ubat bp.... walaupun reading ari ni 114/71, tp bila dah makan ubat ni kena jugak teruskan....  ni la ubatnya sama je dari dulu, gambar lama yang kak rose pernah tepek .... amik 1/2 biji jer per day. jemu dah rasanya amik ubat tiap2 hari ni...
so, sepagi masa habis dengan berjumpa doktor.... pas tu g meronda cuci mata dan cuci poket yang dah kosong....  release tension kekdahnya!

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia