Contact Form

Name

Email *

Message *

Friday 30 May 2014

RESEPI SARAPAN MUDAH DENGAN HERBALIFE - Zarida Abu Bakar | Blog Resipi Malaysia

No comments:
 

<b>RESEPI</b> SARAPAN MUDAH DENGAN HERBALIFE - Zarida Abu Bakar | Blog Resipi Malaysia


<b>RESEPI</b> SARAPAN MUDAH DENGAN HERBALIFE - Zarida Abu Bakar

Posted: 31 Mar 2013 12:30 AM PDT

salam 

Have u had your shake today ?

apakah resepi sarapan paling mudah sekarang ini ? Ya jawapan  ringkas kalau tanya saya sudah semestinya resepi sarapan mudah dengan Herbalife ! ... Mudah disediakan , senang , cepat dan ringkas dan less calorie !

Baru - baru ini putri sulung kesayangan saya telah memulakan program penurunan berat badannya dengan Diet Herbalife .. alhamdulillah dia suka dan selesa dengan produk Herbalife .

Saya memang ingatkan dia tidak akan suka , maklumlah bila melihatkan ibunya sudah guna produk Herbalife sekian lama  dan memperolehi testimoni sendiri , akhirnya dia berminat . Memang pada awalnya saya tidak mahu memaksa dia , kemahuan haruslah datang dari diri dia sendiri . Akhirnya dia sendiri menyuarakan hasrat untuk memulakan diet dengan Herbalife ini .

Sebenarnya sudah 3 hari dia minum shake Herbalife , saya daa mencadangkan dia resepi sarapan mudah dengan Herbalife ini , selain dari bancuh biasa-biasa sahaja . Selepas dari itu , dia pula mencuba resepi-resepinya yang tersendiri . Diantara resepi yang dia suka adalah

  • Formula 1 Vanila + epal hijau + plain water
  • Formula 1 Vanila + susu soya drinho (100ml) + plain water
  • Formula 1 Vanila + epal merah + plain water
  • Formula 1 Vanila + pisang + susu soya drinho (100ml) + plain water
  • Formula 1 Vanila + buah pear + susu soya drinho (100ml) + plain water 

Ketahui bagaimana anda boleh menikmati shake Herbalife dengan cara buat shake Herbalife yang menarik dan betul .

Apa kata amanina ? ... seronok dengan rasanya yang sangat luar biasa . Rasa lazat dan yummy ! memang mengenyangkan ... Bagi kanak-kanak seusia putri saya , resepi sarapan mudah dengan Herbalife ini memang di minati oleh beliau . Tidak hairan lah kalau setiap pagi beliau mencipta pelbagai resepi baru dengan Herbalife ini .

Adakalanya sampai saya merasa pelik kenapa dia suka mencipta pelbagai jenis resepi mudah dengan Herbalife ini . Mungkin minat dengan rasa shake itu sendiri mendorong dia mencipta pelbagai rasa . Hurmm tidak hairan lah kalau ke mana-mana pasaraya , putri saya ini selalu mencadangkan saya beli buah itu dan buah ini . Rupanya dia ada idea untuk mencampurkan buah-buahan tersebut dengan shake Herbalife . Apa - apa pun ianya rendah kalori , rendah gula dan yang paling penting enak dan sihat !

Memang anak yang bertuah ! pada saya janji dia suka , dia hendak minum dan mulakan program turun berat badan ini sahaja sudah membuatkan saya bangga kerana dia ada azam dan keinginan yang tinggi , bila dia suka dan minat dengan rasa shake itu sendiri , ia memudahkan lagi proses turun berat badannya .

<b>Resepi</b> Rendang Kerang Ala <b>Malaysia</b> - Wom.my

Posted: 25 May 2014 11:30 PM PDT

resepi rendang kerang women online magazine Resepi Rendang Kerang Ala Malaysia

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Hari ini menu terbaik untuk anda masak tengah hari adalah Resepi Rendang Kerang. Jom dapatkan resepi ini di sini..

Kelazatan kerang menjadi salah satu menu pilihan popular bagi para penggemar seafood. Meskipun bentuknya kecil, ditutupi cengkerang yang keras, kerang memiliki kandungan zat mineral seperti zat besi, kalsium,fostor, selenium dan lain-lain.

Mineral besi atau zat besi yang terdapat dalam kerang berguna untuk pembentukan komponen utama sel dalam darah merah, sehingga mampu menurunkan risiko darah rendah atau anemia.

Kerang ini boleh diolah menjadi hidangan yang cukup enak apabila dimakan. Banyak variasi menu kerang yang boleh kita cuba, selain daripada direbus.

Salah satunya dibuat rendang. Memang sedap.

Boleh dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah dengan lemang ataupun ketupat. Cubalah resepi ini ya!

Bahan-bahan untuk Resepi Rendang Kerang adalah : 

2 cawan isi kerang

2 sudu besar rempah kari

½ cawan santan pekat

1 cawan air

1 keping asam keping

1 helai daun kunyit – dihiris halus

1 helai daun limau purut

2 sudu  besar kerisik

sedikit garam dan gula

3 sudu cili kering yang sudah dikisar

Bahan-Bahan untuk dikisar adalah : 

4 biji bawang merah

1 biji bawang putih

½ inci halia

½ inci kunyit hidup

2 batang serai (dimesin halus)

Cara Membuat Resepi Rendang Kerang adalah seperti berikut: 

-        Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

-        Kemudian masukkan cili , biarkan garing seketika.

-        Masukkan pula rempah kari dan sedikit air.

-        Goreng lagi sehingga pecah minyak dan masukkan santan.

-        Biarkan sampai mendidih, sambil 'kacau-kacau' dan masukkan kerisik.

-        Biarkan kuah tersebut pekat sedikit, masukkan  asam keping, daun limau purut dan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.

-        Kemudian masukkan isi kerang  dan gaul hingga sebati.

-    Jika  mahu berkuah, tambahkan sedikit air. Terpulang kepada citarasa sendiri, sama ada mahu kering atau pun berkuah sedikit.

Itu sahaja yang kami dapat kongsikan mengenai resepi untuk hari ini. Jika anda berminat untuk dapatkan tips dapur, anda boleh dapatkan di sini.

<< Jom salin resepi ayam masak merah pula di sini..

(Visited 156 times, 1 visits today)

Menu pisang lagi!!!!! - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 26 Mar 2014 11:55 PM PDT

 sayangkan pisang yang dah masak too ripe, daripada membazir mari kita kodek2 jadikan kek.... dapat jugak la makan sambil gebang2 dengan jiran sebelah... ya separuh dari kek ni goes to my neighbours.... dapatlah merasa sorang sikit kan...
 resepi kek isang sempoi ni kak rose amik dari mesra.net tapi saja buat marble pulak....

Bahan2

1 3/4 tepung gandum
1/4 caw tepung jagung
1 caw gula
3 biji telor (kak rose guna 2 biji je gred A)
4 biji pisang
1 caw minyak
1 cmt soda baikabonat
secubit garam

cara:

Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang,masukkan tepunggandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam.....
(kak rose bagi 2 adunan tu n masukkan cokelat emulco+sesudu besar cerbuk cekelat)

juadah minum petang semalam sambil gebang2 ngan jiran semasa tadah air kat depan rumah!

<b>Resepi</b> dan cara Memproses Keropok Lekor Terengganu

Posted: 25 May 2014 11:32 AM PDT


Resepi dan cara Memproses Keropok Lekor Terengganu

Resepi Original Keropok Terengganu

Jenis tepung yang boleh digunakan untuk membuat Keropok Lekor. Tenang Studio Busisess Keropok Lekor Terengganu.
  • Tepung Sagu
  • Tepung Kanji
  • Tepung Gandum

Bahan-bahan Keropok Lekor Terengganu

  • 1 mangkuk isi ikan kembung yg telah siap dibuang kulit dan tulangnye.
  • 3/4 mangkuk tepung kanji
  • 3 genggam tepung gandum
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit ajinomoto
  • Air secukupnye(anggaran 1/2 cawan)

Cara-cara Memproses Keropok Lekor Terengganu

  • Ikan dibersihkan dan dibuang kepala, ekor, kulit dan tulangnya.
  • Kemudian sukat isinya dengan mamgkuk.
  • Blender isi ikan tadi bersama air, garam dan Ajinomoto.
  • Tuang isi ikan yg telah disiap blender kedalam bekas besar (besin)
  • Masukkan tepung kanji bersama tepung gandum, gaul sebati sehingga menjadi doh tidak melekat di tanggan.
  • Kemudian uli atau gentel  menggikut saiz yang dikehendaki
  • Rebus dalam air yg mendidih. Apabila keropok tu dah timbul menandakan ia sudah masak dan boleh diangkat setelah disejat airnya.

Pembekal Keropok Lekor Terengganu Asli

Keropok Lekor Terengganu Asli boleh dimakan begitu saja atau digoreng. Kemudian hidang dengan sos lada. Rasa paling sedap dan harga termurah. Resepi dan cara Memproses Keropok Lekor Terengganu. Sila ke Tenang Studio dan Beli Keropok Terengganu Online sekarang juga.

Home - About - Order - Testimonial
Copyright © 2014 Blog Gaul Nyor All Rights Reserved.

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia