Resipi Nasi Baryani Ceria | Blog Resipi Malaysia |
Posted: 09 Apr 2014 10:43 PM PDT Bahan-bahannya: 1/2 kg daging direbus dengan 3 liter air sehingga daging empuk 1 tin susu cair 4 sudu makan serbuk baryani apa jenis jenama pun boleh 1 sudu makan mint sauce 1 helai daun pandan 3 tangkai cabai 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 3 biji bawang merah Kaedahnya 1. Rebus daging terlebih dahulu bersama 1/2 sudu makan garam, 1 sudu teh MSG, kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih 2. Cairkan minyak sapi 3. Tumis bawang 4. Masukkan rempah baryani 5. Masukkan susu cair 6. Masukkan daun pandan dan sos pudina 7. Ini sos pudina keluaran tesco. Best! 8. Masukkan daging yang telah empuk. Biarkan seketika. 9. Kemudian tuangkan beras 10. Gaul rata beras 11. Akhir sekali masukkan cabai dan tutup. 12. Tuangkan pati daging tadi sebanyak 5-6 cawan 13. Biarkan mendidih dan masak dalam keadaan tertutup. Tapi kita pindah ke periuk elektrik. 14. Biar elektrik yang menjaganya :) 15. Dah siap nasi baryani kita. Mudahkan? SELAMAT MENCUBA |
You are subscribed to email updates from Ceria Resipi - Pelbagai Resipi Yang Menceriakan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment