Contact Form

Name

Email *

Message *

Friday 25 April 2014

Menu pisang lagi!!!!! - Blog <b><b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b> | Blog Resipi Malaysia

No comments:
 

Menu pisang lagi!!!!! - Blog <b><b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b> | Blog Resipi Malaysia


Menu pisang lagi!!!!! - Blog <b><b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 13 Apr 2014 01:15 PM PDT

Nasi kabsah berasal dari Yaman dan amat digemari di negara teluk. Asas pada resipi ini ialah kayu manis, lada putih, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Ini rempah wajib, tak ada lain janji ada benda ini pun tak apa.

Bahan-bahannya (6-8 orang):
2 sudu makan minyak zaitun
1 kg ayam
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih
hirisan dari kulit 1/2 biji lemon
segenggam daun ketumbar
1 biji lobak merah saiz kecil
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 batang saiz kecil kayu manis
1 sudu lada putih
1 sudu lada hitam
1 helai daun salam (bay leave)
garam dan lada hitam secukup rasa
1 cawan air
3 cawan beras panjang
1/4 cawan kismis
¼ cawan badam

Kaedah memasak:

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau. 

2. Kemudian masukkan ayam dan goreng.

3. Apabila daging mula masak keperangan, masukkan lada hitam, lada putih, kayu manis, buah pelaga, daun salam (bay leave) cengkih, buah pelaga dan kayu manis serta garam dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan dalam seminit.

4. Masukkan 4 cawan air. Rebus ayam separuh masak. Lebih air sebab nak buat kuah sup dalam 3/4 cawan.

5. Kemudian tambahkan tomato, lobak merah, hirisan kulit lemon dan daun ketumbar. Biar seminit dan tutp api.

6. Tambahkan beras dan gaulkan seminit sehingga rata sehingga naik bau. Kemudian baru tambahkan air. Tapi bagi teknik menukarkan ke dalam periuk nasi, masukkan ayam dahulu, kemudian beras 

7. kemudian barulah air rebusan ayam tadi. Masak nasi selama 20 minit atau sehingga air sejat. Pastikan sebaik sahaja air sejat baru tutup api/elektrik, bukan apa.. nanti hangit.

Bila air dah kering, padamkan api dan perasakan dengan jus oren/lemon. Tutup periuk sekejap supaya jus lemon.oren tadi meresap dalam 5 minit.

 

8. Akhir sekali, hiaskan dengan papadam, serunding daging, badam dan kismis.

Selamat mencuba

Ayam bakar halia - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 20 Apr 2014 11:17 PM PDT

 ayam bakar halia yang kak rose masak untuk pengantin ari tu.... walaupun dah lama dan cuma tinggal gambar jer nak jugak tepek kat sini buat kenangan... maklumlah pertama kali buat tugasan ni demi memenuhi permintaan kawan yang mintak tolong.... harap emma dapat terima seadanya. dengan hiasan dari keras tangan kak rose dan terima kasih pada penyumbang resepi ayam bakar halia yang sedap nih. mekasih Ummi, kak rose kongsikan kat sini resepinya ya.. kak rose buat 3 ekor ayam saiz besar....2.5kg each dan belah 2.... so pandai2 la nak gandakan bahan2 tu ya.

Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) 
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - kak rose terus jer bakar dalam oben
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

Aktiviti hujung minggu - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 12 Apr 2014 11:13 PM PDT

lunch hari ni.... biru mata hitamku. he he he. beef lasagna yang bukan kak rose buat pun. Lanai mari punya. rasanya lama dah tak makan ni, nak buat sendiri tu mmg idok le ade kerajinan tapi makan mmg laju jer... incek asben belikan kat tempat kursus, apa lagi dengan senang hati panaskan dan ngap je la..
 sebelum pekena lasagna tu, amik buah2 dulu. ni pun nasib baik teringat, kalau tidak tu main belasah jer lepas main meal baru ingat nak makan buah! dah jadi kebiasaan, nak buat camner kan?
 untuk tidak merasa guilty sbb makan lasagna yang sangat rich dengan mince meat, white sauce dan cheese tu, kononnya potongkan timun jepun, daun salad n tomato untuk jadi peneman....

taburan cheese yang buat rasa bersalah.... tapi bila ngap dah lupa semua tu. laju jer menyuap!

beef lasagna dengan melted cheese yang sangat yummy....

onde onde keledek - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 14 Apr 2014 11:31 PM PDT

 juadah minum petang semalam yang dah abes.... lama x buat onde2 ni, nnti lah menjelang bulan puasa mesti ade je kuih ni dalam list berbuka.... mudah disediakan dan sedap pulak tu, yang pasti sekeluarga menyukainya kan.... lembut jer kuih ni, instead yg sllu buat tu guna tepung pulut saja cer try yg ni...mmg lembut n x liat. resepinya kak rose dapat dari Yatiememories dan Nor SG.mekasih ya...

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia