Contact Form

Name

Email *

Message *

Monday 10 March 2014

Sambal Hitam Ikan Bilis | VVIP <b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b> - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Sambal Hitam Ikan Bilis | VVIP <b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b> - Blog Resepi Malaysia


Sambal Hitam Ikan Bilis | VVIP <b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 04 Mar 2014 01:37 PM PST

Resepi Masakan : Pizza Mini

Bahan-bahan doh roti pizza:

1)   200 gram tepung gandum

2)   1 sudu gula

3)   Sedikit garam

4)   1 sudu kecil yis

5)    125 ml air

6)    1 sudu marjerin

Bahan-bahan lain:

1)   Sedikit isi ayam (digoreng dan dipotong dadu)

2)   Bawang (dipotong dadu kecil-kecil)

3)   1 sudu minyak masak

4)   Sos tomato / Pes tomato

5)   Sedikit serbuk lada hitam

6)   Garam dan gula secukup rasa Keju mozzarella

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung gandum, gula, garam, yis dan marjerin ke dalam mangkuk. Air dituang sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan tadi. Uli sehingga doh tidak lagi melekat di tangan. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan selama 45-60 minit.
  2. Canai doh sehingga setebal 0.5 cm. Kemudian tekap doh menggunakan cawan dan tarik doh keluar.
  3. Sapu dulang dengan sedikit marjerin agar roti yang dimasak tidak melekat. Letakkan doh roti yang telah siap ditekap ke dalam dulang dan cucuk sedikit dengan menggunakan garfu agar roti masak di bahagian dalam. Masukkan ke dalam oven bersuhu 200ºC dan bakar selama 15 minit.
  4. Goreng isi ayam dan asingkan. Panaskan minyak, tumis bawang, dan masukkan sos tomato/ pes tomato, sedikit lada hitam, garam serta gula secukup rasa.
  5. Sapukan kuah sos yang telah siap dimasak ke atas roti pizza yang telah siap dibakar tadi. Taburkan isi ayam dan keju mozarilla ke atas roti.
  6. Bakar semula roti pizza ke dalam oven bersuhu 200ºC selama 8 minit sehingga keju mozzarella cair.

Selamat mencuba . Insyaallah, resepi-resepi menarik yang lain akan menyusul lagi pada masa akan datang.

Sumber : fikrahhalaqah

Nasi Lemak &#39;Telanjang&#39;, Chef Wan Kutuk <b>Resepi Malaysia</b> Airlines <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 03:48 AM PST

SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? Bukan sahaja 'otai' dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).


Menggelarnya sebagai 'telanjangg', dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.


Berikut merupakan 'caption' penuh yang ditulisnya:

"I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telan jang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?"

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia. -Mynewshub

Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…

Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : NASI BRIYANI DAGING

Posted: 06 Jan 2014 07:00 PM PST


Assalammualaikum, rasanya belum terlambat che mat ucapkan selamat tahun baru masehi 2014 untuk semua pengunjung2 blog JALEN. Macam mana dengan azam tahun baru anda?..Pada che mat berazam ini bagus, tapi azam tanpa usaha tiada makna. Entri pertama untuk tahun baru baru, kita buat nasi briyani, dan resipi ini telah che mat olah dengan menggunakan produk JALEN. Ia dimasak sekali bersama daging dan anda boleh makan bersama salad atau pencok nenas, sudah memadai. Tapi kalau disertakan dengan dalca dan ayam masak merah...hmmm, lagi meletop!. Ia sesuai dihidangkan di majlis formal mahu pun majlis santai. Kalau tanya che mat, susah ke nak masak?..Insha Allah tidak susah asalkan sukatan cecairnya betul, anda akan dapat hasil nasi yang lembut dan gebu. Satu yang penting, jangan kareh atau gemburkan nasi terlalu ganas. Gunakan chopstick untuk menggemburkannya.


Seperti biasa kalau nak masak nasi berperisa(seperti nasi briyani, nasi minyak, nasi lemak dan sebagainya), che mat akan gunakan beras basmathi. Ada banyak jenis beras basmathi dipasaran dan ada tu memerlukan sukatan air yang sedikit berbeza walaupun standard ratio untuk beras basmathi dan cecair ialah 1 : 1 atau 1 : 1.5 (satu bahagian beras dan satu atau satu setengah bahagian cecair). Che mat guna basmathi jenis Moghul, dan ratio nya 1 : 1.5 atau anda boleh kurangkan sedikit cecairnya. Che mat masak guna rice cooker dan jika nasi ini tidak habis, anda boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh dimasukkan ke dalam microwave bila nak makan, atau boleh dikukus hingga nasi kembali lembut. Kalau ada kelapangan masa, boleh lah mencuba untuk keluarga atau tetamu....Memasak ini mudah jika anda lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang...Jangan lupa bismillah dan berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad saw, sebelum memasak...Insha Allah diberkati...Jommmm kita mulakan....

NASI BRIYANI DAGING ALA JALEN...

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, 

300 gram daging, hiris nipis, cuci dan toskan*

1 sup bunjut*

2 ulas bawang putih, diketuk*

1 inci halia, diketuk*(*direbus hingga daging empuk, asingkan stoknya)

1 cawan susu segar

4 3/4 cawan air rebusan daging

1 1/2 camca besar rempah briyani (sebarang jenama)

1 1/2 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar kordial perisa oren JALEN

1 helai daun pandan, disimpul

1 batang serai, diketuk

1 pokok daun ketumbar, potong kasar

2 camca besar minyak sapi

2 camca besar minak masak

Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar saiz sederhana

3 ulas bawang putih

1 biji cili hijau

1 inci halia

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

4 biji bawang merah, hiris

1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)

1 genggam kacang gajus yang telah digoreng

1 genggam kismis kuning

Hirisan daun sup/daun bawang

Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah briyani, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan minyak sapi dan biar hingga cair. Masukkan serai titik dan bahan tumis, masak hingga harum dan bawang garing (seperti bawang goreng). Masukkan pes rempah dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah sos tomato JALEN dan kordial berperisa oren JALEN, kacau dan masukkan beras. Gaul hingga rata dengan beras tadi. Alih beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuang air rebusan dan susu segar. Tambah garam secukup rasa dan kacau beras tadi hingga bahan2 lain rata. Tambah daun pandan dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, tabur kismis dan daun ketumbar atasnya, biar nasi betul2 masak.
  3. Dengan menggunakan chopstick, kareh atau gemburkan nasi tadi, pastikan anda tidak gemburkan terlalu banyak kali untuk mengelakkan nasi patah. Tabur gajus, hirisan bawang daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan (jangan lupa tutup suis periuk nasi untuk mengelakkan ia berkerak).....Jika anda suka, boleh juga titiskan sedikit pewarna oren makanan sebelum anda gemburkan nasi tadi....Selamat mencuba!!..

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia