Contact Form

Name

Email *

Message *

Saturday 15 March 2014

Cucur jagung - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Cucur jagung - Blog Resepi Malaysia


Cucur jagung

Posted: 14 Mar 2014 06:26 PM PDT

menu minum petang yang sangat pebret. apa cucur pun mmg jadi kegemaran. simple n nice dan yang penting cepat disediakan dan mudahlah dapat menikmatinya... cucu jagung ni kak rose tambahkan batang celery yang didadu dan menambah kesedapan tekak jawa ni adalah sambal kicap tu... nak resepi sambal kicap tu boleh tengok kat sini ya. tapi kena pandai2 lah adjust ikut kepedasan memasing, kot nnti ada yang terbako lidah or keluar asap ditelinga pulak!
 mekasih ros, kak rose cilok resepinya ya.

Cucur Jagung Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahanya
2 tongkol jagung yang belum direbus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
batang celery didadu - yg ni kak rose tambah
sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Buang kulit jagung dan asingkan batang jagung dan isinya, masukkan di dalam bekas kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, air, garam dan gula, kacau sebati.
2. Biarkan dalam 10 minit baru digoreng, jemput-jemput kan kecil dan goreng didalam minyak panas hingga keperangan, sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Apam labu

Posted: 13 Mar 2014 11:25 PM PDT

 Apam labu untuk buah tangan masa bacaan surah al-Khafi pagi tadi. buat petang semalam, tapi pagi ni baru lah isikan dengan kelapa yang tak berapa nak putih tu....suka buat apam dengan acuan kuih puteri ayu ni sbb senang nak bubuh kelapa tu... x tak la  berterabur comot kemomot kan...
 kak rose masih guna resepi yang pernah buat dulu, mekasih izah yang kongsikan resepi ni. nampak macam berjela resepi tu tapi sebenarnya mudah jer buatnya..

Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)
  •  
  •  
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
 
lepas angkat dari kukusan pun nak posing jugak.... sampai lens kamera berkabus pun kena wap panas. hadoilaaa!!!!!

API Shah Alam - unhealthy!!!

Posted: 13 Mar 2014 08:34 PM PDT

 air pollution index dishah alam pagi ni.... unhealthy. rasa stuffy sangat!


salam Jumaat penghulu segala hari.... dan hari ini kali kedua kawasan perumahan kak rose ni kena catuan air... 2 hari ade air n then 2 hari pulak x de. jerebu pulak semakin bertambah2 teruknya... bacaan pagi ni as at pukul 8 tadi....unhealthy, dan ade sekolah yang dah diarahkan tutup. kita yang duk dirumah ni pun rasa sangat stuffy, balik dari gathering bacaan surah al-khafi tadi pun dah rasa tersumbat hidung, apa lagi anak2 yang bersekolah, banyak terdedah kepada udara luar yang berjerebu... sama2 lah kita berdoa pada Yang Maha Berkuasa semuga dugaan ini akan segera berakhir....Aminnn.

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia