Contact Form

Name

Email *

Message *

Sunday 30 March 2014

Masakan Melayu : Ayam Masak Kurma - Blog Resepi Malaysia | Blog Resipi Malaysia

No comments:
 

Masakan Melayu : Ayam Masak Kurma - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog Resipi Malaysia


Masakan Melayu : Ayam Masak Kurma - Blog <b>Resepi Malaysia</b>

Posted: 23 Mar 2014 01:23 PM PDT

<b>Malaysia</b> Informasi: <b>Resepi</b> Masakan Melayu : Ayam Masak Kurma

Posted: 01 Mar 2014 02:18 AM PST

Resipi Ayam Masak Kurma, hidangan yang tak asing lagi setiap di kenduri kendara. Hindangan mudah dan sedap, pastikan anda menggunakan santan dan ayam yang segar bagi mendapatkan rasa yang terbaik

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Lunch dengan leftover sup. - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog Resipi <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 11:23 PM PDT

 tulang yang dah lama sangat terbiar keras kejung dalam freezer tu baiklah kita transformkan dia jadi sup yang sedap nih. masa bli mmg beria nak masak tapi bila dah simpan, teruslah biarkan dia bertapa dalam freezer tu. so dihari minggu yang rajin sementara ingat esok pulak air kena catu, baiklah masak  untuk hidangan tengahari... sllu hujung minggu asik malas jer, hari sabtu pun tapau je lunch kami!
 resepi kak rose amik copy dari kak hanieliza, mekasih ya kak. dulu dah buat dan ni pun guna resepi yang sama....sedap weh.  just nasi n sup tulang ni, dan paling tak lupa sambal kicapnya.

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng (kak rose lupa la pulak nak tabur!!!!)
air secukupnya 

Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 


Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 


 lemak yang begitu banyak.... masuk dalam fridge kejap, bila dah beku kaut n buangkan...

Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

so makan lah denga rasa tak bersalah sebab dah buangkan lemak2 tu....

Kuih lopes yang laris!!! - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 21 Mar 2014 11:02 PM PDT

 kuih lopes yang kak rose buat untuk buah tangan semasa majlis bacaan surah Al-Khafi pagi semalam.... aktiviti setiap pagi jumaat kami warga muslimat di kawasan kejiranan kak rose... seronok dengan perjumpaan cam ni selain menghadiri kuliah yang diadakan setiap hari selasa dan rabu... buat pun x banyak sbb semua yang hadir memasing dengan bermacam kuih....tp lopes ni jugak yang laris!
 terima kasih pada tulip77 yang kongsikan resepi ni...cuma kak rose doublekan bahannya...

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka (kak rose guna sekeping beso tu)
  • 5 sb gula (omit this one)
  • 3 cawan air

 gebang2 sebelum bacaan bermula...

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula. 
 
orang kuat majlis kami.... Puan Kalsom, Puan Hjh Mariam n Puan Fadilla.... terima kasih semua.

kerabu mangga + bite size ayam - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2014 11:53 PM PDT

 semalam punya lah gigih g kekedai semata2 nak cari mangga ni.... right after morning brisk walk terus je sambung kekedai pulak. terasa sangat nak makan kerabu mangga + bite size chicken fillet yang di goreng rangup ni. pernah makan masa kat one of restaurant kat thailand ari tu....sedap sampai teringat2 jer!
sayang mangga yang kak rose bli ni kurang elok, luar nampak ok jer bila sagat banyak sangat yang buruk didalamnya... dah le bli 2 buji jer, tu pun dah tiga hengget, tp rosak buruk lak....nasib baik dapat jugak nak lepas kempunan nak buat kerabu ni... resepi kerabu mangga dan ayam goreng dari sini...

2 cloves shallot, finely chopped
1 stalk of coriander leave, finely chopped (kak rose x de... so x letak)
5 chili padi, sliced finely ~ k.nor lebihkan
1 carrot, sliced finely
½ orange; thinly sliced ~ k.nor gantikan dgn parutan mangga muda
1 tsp. sesame seeds ~ lupa nak letak.. :) 1 sudu besar gula ~ k.nor tambah
kacan goreng untuk tabur---> ni kak rose tambah

Cara: 
gaul semua n kerabu is ready 

 untuk ayam pulak....kak rose ikut resepi yg sama minus the oat....goreng rangup n gaulkan dengan kerabu tadi.... kena cepat2 serve untuk menikmati kerangupan bite size ayam tu! sedap meratah cam tu jer!

<b>Malaysia</b> Informasi: <b>Resepi</b> Kek Minyak - Simple way to Rest In Peace

Posted: 18 Mar 2014 03:53 AM PDT

Resepi Kek Minyak

Assalamualaikum!

harini buat kek lagi... dah buat 2 kali, senang mudah gebu dan sedap! Oh demam dah elok dah (walaupun x de org tanya nak bagitahu jugak -_-' )

Resepi Kek Minyak/Kek Warna-Warni

Bahan A

2 Biji Telur

1/2 cawan Gula icing

1/2 sudu besar ovalette (x letak sebab dah habis)

1 sudu kecil esen vanilla ( saya letak perisa lemon sbb esen vanilla dah habis jugak -_-)

Bahan B

1 1/2 sudu besar susu pekat

1/2 cawan minyak masak

Bahan C (diayak)

1 cawan Tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

Bahan D

Pewarna pink

Lenserkan minyak pada loyang pembakar, guna yang kecil sebab batter x banyak... panaskan oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 10 minit

Cara-cara:

1. pukul 2 biji telur bersama gula icing hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan ovalette (kalau ada). pukul lagi hingga sebati. kemudian masukkan 1 sudu kecil esen vanilla atau apa2 perisa yang digemari. pukul lagi hingga sebati.

2. Masukkan susu pekat.pukul hingga sebati. kemudian masukkan minyak masak perlahan-lahan sambil memukul dengan menggunakan mixer. masukkan minyak hingga habis.

3.bila dah sebati, masukkan pula adunan tepung dan baking powder yang telah diayak.masuk sedikit demi sedikit jugak ya..jangan masuk one shot pastu on mixer.harus bertepung lah muka anda,heh

4. bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. masukkan setitis pewarna.gaul sebati dan masukkan dalam loyang pembakar.

5. bakar selama 30-35 miniit pada suhu 170 darjah Celsius.check dengan lidi nak tahu dah masak ke belum.

orang simple macam saya guna 1 color je. titis pewarna pink.kacau pakai lidi. Bila dah dapat effect abstract yang dikehendaki, terus je masuk dalam loyang dan bakar.

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia