Contact Form

Name

Email *

Message *

Monday 17 March 2014

Malaysia Informasi: Resepi Kek : Kek Coklat Kukus - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

<b>Malaysia</b> Informasi: <b>Resepi</b> Kek : Kek Coklat Kukus - Blog Resepi Malaysia


<b>Malaysia</b> Informasi: <b>Resepi</b> Kek : Kek Coklat Kukus

Posted: 03 Mar 2014 04:13 PM PST

Resepi Kek : Kek Coklat Kukus

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

Resepi Kek

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist

Sumber : Blogcikgusuraya

<b>Malaysia</b> Informasi: <b>Resepi</b> Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Posted: 05 Mar 2014 02:29 AM PST

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

BAHAN A - GULA HANGUS:

2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan

BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

BAHAN C - LAPISAN KEK:

140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

BAHAN D - MERINGUE

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!

Resepi Kek : Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Pencuri bandwidth! - Blog <b>Resepi Malaysia</b> | Blog <b>Resipi Malaysia</b>

Posted: 04 Mar 2014 11:54 PM PST

entry rambling. memang nak marah dengan orang yang suka curi line bandwidth ni... dah lama kot dia buat kerja ni, tapi x kisah sangat.... bila dah terlampau kita pun jadi marah. kita bayar rm200/month tapi dia nak guna percuma jer. mana hati x panas kan! tengok tu, unknown computer found on your network.... dia punya nama pc GTX_780. GTX_780 ni ialah sejenis graphic card yang paling mahal dan terbaru, (tengok kat amazon.com usd729.99, cer convert to kita punya currency. boleh pengsan kak rose!) kalau boleh beli graphic card yg begitu punya mahal tak kan la internet line tak boleh nak subscribe kan... apa hal nak free je!
 kita pun boleh cari n tau if someone hacked your computer... tu yang jumpa dia punya nama pc! mulanya x check sampai sejauh ini, tp bila dah offkan semua device yang guna wifi, tapi modem masih blinking punya lah laju.... as if ade orang tengah guna, ha!!!! memang ko nak kena block dah hari ni! rasakan!
and boleh tengok jugak siapa yang ade dalam wifi list kita tu... mari kita block dia. tapi walaupun dah block dia masih jugak attempt nak numpang percuma....piiiiirahhh! x kan dapat dah! adoyai la!!!! nothing is free la in this world!

kepada tuan punya pc GTX_780, sila lah subscribe internet on your own kalau nak guna, jangan asik nak yang free jer! x larat hakak nak bayarkan ko punya bill!sekian rambling dari kak rose yang buta it ni.

<b>Resepi</b> -Apam warna | VVIP <b>MALAYSIA</b>

Posted: 07 Mar 2014 08:05 PM PST

APAM WARNA-WARNI



Bahan-bahan:

250 ml air aiskrim soda

500 gm gula

750 gm tepung gandum

4 biji telur

1 sudu besar ovallete

Sedikit pewarna kuning, hijau, biru, merah dan oren

Mangkuk kertas



Cara menyediakan:

Satukan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang.

Ambil sedikit adunan dan warnakan mengikut cita rasa anda. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.


SAJI

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia