Resipi Rusa Panggang Ceria (Cheer Venison Roast Recipe) - Blog Resepi Malaysia |
Resipi Rusa Panggang Ceria (Cheer Venison Roast Recipe) Posted: 18 Mar 2014 03:30 AM PDT Daging rusa atau di dalam english Venison, sangat lembut dan tidak rumit, ia tidak liat seperti daging lembu atau kerbau. Ianya seakan-akan daging kambing tetapi tidak berbau. Sekilo harganya RM18 frozen di Kelantan, kalau yang berburu tu, free je la dapat. Populasi rusa di Kelantan ialah di Gua Musang lebih-lebih lagi kawasan Lebir dan Gunung Rabung. Jom try! Bahan-bahannya: Kaedah memasaknya: 1. Hiris daun herba kecil-kecil. Kalau tak ada tak apa. Skip terus langkah dua. 2. Taburkan semua serbuk an gaulkan. 3. Kemudian letakkan dua ketul mentega dan tuangkan cuka. Peram selama 2-6 jam. Daging rusa kurang lemak, dengan memasukkan mentega, kita akan dapat melemakkan rusa ini 4. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 170'C. Apabila dikeluarkan ternyata berair. 5. Langkah seterusnya keringkan airnya dengan pemanggang. Kalau guna bara, oles air lebihan tadi atas daging 6. Siap dihidangkan bersama sos pudina SELAMAT MENCUBA |
Posted: 18 Mar 2014 03:05 AM PDT Ais Krim roti? pernah cuba tak? biasanya dijual ditepi pantai. Jom try! Bahan-bahannya: Kaedah membuatnya: 1. Gunting roti especially roti yang kita tak habis makan tu, area mana? biasanya area yang maklum hehehe 2. Masukkan roti dalam cawan, kemudian diikuti ais krim 3. Bahan ini mesti ada, kacang badam. Alternatif, kacang tanah tumbuk pun boleh. Tabur atas ais krim 4. Ok ready untuk makan SELAMAT MENCUBA |
You are subscribed to email updates from Ceria Resipi - Pelbagai Resipi Yang Menceriakan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment