Contact Form

Name

Email *

Message *

Saturday 22 March 2014

Gulai ikan masin + nenas - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Gulai ikan masin + nenas - Blog Resepi Malaysia


Gulai ikan masin + nenas

Posted: 22 Mar 2014 06:48 PM PDT

 gulai untuk lunch hari jumaat lepas.... nenas yang bawak balik dari kampung, memang fresh n manis sangat, maklumlah fresh from the kebun...gulai style nisemilan yang x guna bawang segala, tp mmg sedap apa lagi ade ikan kurau masin dalam tu. pebret, sampai bertambah2 makan dan digandingkan dengan ikan siakap goreng bodo2...laju jer menyuap!

 resepi dari Myresipi oleh ilham.noor.184. mekasih ya.

Bahan-bahan

  • 1 biji nanas
  • 3 keping isi kurau masin
  • segenggam cili padi (ikut kepedasan memasing la ya...)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 kg santan @ 1 1/2 biji kelapa
  • garam secukup rasa. 
  • 2 batang serai (kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Nenas dikupas kulit, dibuang mata dan dipotong kecil.
  2. Isi kurau masin direndam lbh krg 10 mnt dlm air garam (petua utk mengurangkan masin ikan tsebut). Kemudian, potong kecil.
  3. Kunyit ditumbuk lumat bersama cili padi.
  4. Masukkan bahan yg ditumbuk bsama nenas ke dlm periuk, hidupkan api.
  5. Apabila air nenas hampir kering, masukkan santan. Boleh tambah air jika santan terlalu pekat.
  6. Apabila kuah mula menggelegak, kacau selalu untuk mengelakkan pecah minyak.
  7. Masukkan garam secukup rasa. Sedap dimakan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia