JALEN : MI BERKUAH TOMATO - Blog <b>Resipi Malaysia</b> - Blog Resepi Malaysia |
JALEN : MI BERKUAH TOMATO - Blog <b>Resipi Malaysia</b> Posted: 23 Jan 2014 01:22 PM PST Assalammualaikum, masa pantas berlalu, dia tak diam dah masuk entri ke dua dalam bulan pertama tahun 2014. Anda apa khabar, che mat harap semua sihat. Untuk minggu ini che mat berkongsi dengan anda satu resipi yang boleh dikatakan mudah dan senang dibuat. Sesuai untuk dihidangkan jika ada majlis tertentu atau untuk jamuan bersama keluarga. Mi berkuah tomato yang che mat buat ini agak istimewa dengan penggunaan produk JALEN dan memang rasanya berbeza. Bila sebut tomato, pasti ada beranggapan kuahnya masam dan kurang berperisa, insha Allah, dengan penggunaan bahan-bahan yang betul, ia menjadi dengan enak. Seperti dalam gambar, che mat gunakan mi kuning, anda boleh ganti dengan kue teow, mi hoon atau pun spaghetti, semua boleh. Resipi ini untuk 500 gram mi kuning, dan che mat guna daging ayam dan fishcake sebagai bahan perencah. Tidak menjadi masalah jika anda nak guna daging, sotong atau udang untuk resipi kuahnya. Kalau anda guna daging, rebus dulu dan ambil air rebusan daging sebagai kuah dan ini akan menjadikan mi anda lagi sedap. Jika suka boleh masukkan sekali bahan-bahan perencah seperti che mat tulis tadi, ke dalam kuah. Mi ini dihidangkan bersama telur rebus, tapi untuk kelainan, che mat gantikan dengan telur mata kerbau, hirisan daun salad dan taugeh sebagai ulam. Tak lupa tauhu yang digoreng kemudian dihiris nipis. Enak dimakan semasa kuahnya selagi hangat. Satu lagi dalam resipi che mat guna keledek kaler oren, tapi anda boleh guna sebarang jenis keledek atau pun boleh ganti dengan ubi kentang.Ok, che mat tulis resipinya, jangan lupa mencuba ok. MI BERKUAH TOMATO... BAHAN-BAHANNYA KUAH :-) 300 gram dada ayam, hiris memanjang, cuci dan toskan* 1/2 camca teh serbuk lada sulah* 1/4 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit) 1 keping fishcake, hiris nipis 6 biji cendawan butang, hiris 200 gram keledek oren, rebus hingga lembut dan lecek halus (boleh ganti dengan kentang) 1 biji bawang besar* 1/2 inci halia* 2 biji tomato*(*dikisar halus) 2 ulas bawang bawang putih, cincang halus 5 biji bawang merah, hiris 2 camca besar cili kisar 5 camca besar sos tomato JALEN 2 camca besar sos cili JALEN 1 kiub ayam Garam dan gula secukup rasa 2.5 liter air (nak sedap guna stok rebusan tulang ayam) BAHAN-BAHAN LAIN :-) 500 gram mi kuning, cuci dan celur sekejap, toskan Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan Daun salad, hiris Cili merah dan cili hijau, dihiris Daun sup/daun bawang, dihiris Bawang goreng secukupnya Telur rebus atau telur mata kerbau secukupnya Tauhu, digoreng dan hiris nipis CARA MEMBUATNYA :-)
|
Aku Bukan Masterchef: <b>Resepi</b> 292 : Mini Burger <b>Malaysia</b> Moden Posted: 21 Jan 2014 01:18 PM PST Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Hari ni ABM update resepi yang memang tak asing lagi bagi rakyat malaysia iaitu Mini Burger Malaysia ni. Tapi, ABM modenkan sikit dengan letak nugget kat dalam tu. Nugget tu pon ABM buat homemade. Kalau nk beli yg kedai punya pon ok. Lagi senang. Utk resepi doh ABM rujuk Tapi ABM ganda kan sikit adunannya. Alhamdulillah menjadi. Rindu sebenarnya nak makan kuih ni. Okeylah, lau nk cuba, bolehlah rujuk resepi kat bawah ya. BAHAN BAHAN (16 ketul - bergantung pada saiz) 500g tepung gandum 240ml air suam/susu suam (40-50℃) 4 sudu besar mentega 5 sudu besar gula halus 4 sudu kecil yis bahan tambahan timun secukupnya sambal tumis secukupnya nugget secukupnya (resepi homemade nugget DISINI) CARA CARA 1. Didalam mangkuk kecil berisi air suam/susu suam, masukkan yis dan sedikit gula kedalamnya. Gaul rata dan biarkan yis selama 5 minit atau sehingga yis berbuih. 2. Didalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, mentega, lebihan gula tadi dan gaul sebati. Masukkan yis yang telah aktif tadi kedalam adunan tepung dan uli sehingga tidak melekat. Lebih kurang 10-15 minit. 3. Seletah itu, letakkan didalam mangkuk yang di gris sedikit dengan mentega dan tutup mangkuk dengan plastic wrap. Biarkan doh kembang selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. 4. Jika sudah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin didalamnya. Bahagikan doh sebanyak 16 bahagian atau lebih. Bulatkan doh dan susun diatas tray. Buat sehingga habis. 5. Tutup doh dengan kain yang bersih dan biarkan doh naik 2 kali ganda lagi. Lebih kurang 45 minit. 6. Panaskan minyak penuh didalam kuali. Apabila minyak sudah panas, gorengkan doh sehingga kekuningan. Gunakan api yang sederhana. Tapiskan minyak dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan dimasukkan sambal tumis, timun dan nugget didalamnya. Cucuk dengan lidi supaya tak teralih. ENJOY! |
You are subscribed to email updates from Resepi Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment