Contact Form

Name

Email *

Message *

Wednesday 12 February 2014

Ayu Rashid: Resepi Donut dan Burger Malaysia - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Ayu Rashid: <b>Resepi</b> Donut dan Burger <b>Malaysia</b> - Blog Resepi Malaysia


Ayu Rashid: <b>Resepi</b> Donut dan Burger <b>Malaysia</b>

Posted: 23 Jan 2014 11:14 PM PST

Bulan November tahun lepas ayu belajar buat donut dengan mak mertua.

Alhamdulillah. Mudah serap ilmu tu hahahha.

Masa tu jugak laaa baru i tau.

Doh donut dan burger malaysia ni sama.

So, bahagialah kan... dua jenis kuih sekali harung.

Ni ayu nak share resepi tersebut.

Resepi mak mertua ayu buat ni simple jer.

Bahan pun simple, tapi tetap gebu dan sedap.

Resepi Donut dan Burger Malaysia

Ini untuk setengah kilo @ setengah plastik gandum.

- Gandum (setengah plastik)

- Marjerin (2 sudu)

- Susu cair @ susu pekat manis (setengah cawan)

- Mauripan (1 paket)

- Air untuk bancuh.

Cara:

- Bancuh mauripan dengan air

- Masukkan semua bahan -- adun sampai sebati

*pastikan doh tak terlalu lembik atau keras.

*pepandai korang la agak sendiri :)

- Dah boleh buat bentuk donat @ burger malaysia.

- Boleh goreng bila donut tu dah naik.

* jangan biar terlalu naik, nanti bantat semula bila terlebih gebu.

Resepi Gula Donut:

- Blender kering gula 

- Bila donut digoreng dah sejuk baru golek gula blender

(kalau masih panas, nanti donut tu jadi berair atau lembap dan tak sedap)

Resepi Sambal Burger Malaysia

- Blender bawang merah + bawang putih + ikan bilis

(Amaun sila anggarkan sendiri berdasarkan jumlah burger dan banyak mana korang suka makan sambal)

- Masak sambal sama macam masak ikan bilis sambal.

- Nak lagi sedap, jangan  terlalu pedas dan sila maniskan sedikit sambal tu.

Ni yang ayu buat hari isnin lepas.

Menanges tengok rupabentuknya.

Asal jadik sudah. Yang penting rasa maveles!

Hahhaha... dasar pemalas kan!

Dania dan nizam suka burger Malaysia. 

Ayu dan Hariz suka donut. Sebab tu kami berdua manes hahaha!

Nizam cakap sambal ni sedap, dah macam mak dia masak. Aloloooo sukanya i. Sebab sambal mak nizam masak sedapnyaaaa.

Pernah nampak rupa donut dan burger malaysia sebegini mengerikan?

Ni sebab tak taburkan gandum banyak-banyak atas pinggan masa dah buat bentuk donut dan burger tu.
So bila nak goreng melekat-lekat kat pinggan.
Makanya uols, sila taburkan gandum banyak-banyak ok!


Anak bujang i... suka sangat main masak-masak!
Manjang nak main dan beli Play Doh.
Pastu, main sekejap campak memaner.
Bersepah-sepah. Paling nyampah melekat kat sofa dan karpet.

Makanya, kalau buat donut.
Mesti ada bahagian dia dan dania untuk buat 'Play Doh'.
Hah... kan main khusyuk.

Nampak tak, set memasak. Complete pakej ok.
Risau mak!

Uli jangan tak uli... nanti goreng bagi papa makan hahhaa.

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia