Contact Form

Name

Email *

Message *

Thursday 27 February 2014

Resipi Nasi Kabsah Ayam - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Resipi Nasi Kabsah Ayam - Blog Resepi Malaysia


Resipi Nasi Kabsah Ayam

Posted: 26 Feb 2014 05:42 AM PST

Nasi kabsah berasal dari Yaman dan amat digemari di negara teluk. Asas pada resipi ini ialah kayu manis, lada putih, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Ini rempah wajib, tak ada lain janji ada benda ini pun tak apa.

Bahan-bahannya (6-8 orang):
2 sudu makan minyak zaitun
1 kg ayam
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih
hirisan dari kulit 1/2 biji lemon
segenggam daun ketumbar
1 biji lobak merah saiz kecil
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 batang saiz kecil kayu manis
1 sudu lada putih
1 sudu lada hitam
1 helai daun salam (bay leave)
garam dan lada hitam secukup rasa
1 cawan air
3 cawan beras panjang
1/4 cawan kismis
¼ cawan badam

Kaedah memasak:

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau. 

2. Kemudian masukkan ayam dan goreng.

3. Apabila daging mula masak keperangan, masukkan lada hitam, lada putih, kayu manis, buah pelaga, daun salam (bay leave) cengkih, buah pelaga dan kayu manis serta garam dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan dalam seminit.

4. Masukkan 4 cawan air. Rebus ayam separuh masak. Lebih air sebab nak buat kuah sup dalam 3/4 cawan.

5. Kemudian tambahkan tomato, lobak merah, hirisan kulit lemon dan daun ketumbar. Biar seminit dan tutp api.

6. Tambahkan beras dan gaulkan seminit sehingga rata sehingga naik bau. Kemudian baru tambahkan air. Tapi bagi teknik menukarkan ke dalam periuk nasi, masukkan ayam dahulu, kemudian beras 

7. kemudian barulah air rebusan ayam tadi. Masak nasi selama 20 minit atau sehingga air sejat. Pastikan sebaik sahaja air sejat baru tutup api/elektrik, bukan apa.. nanti hangit.

Bila air dah kering, padamkan api dan perasakan dengan jus oren/lemon. Tutup periuk sekejap supaya jus lemon.oren tadi meresap dalam 5 minit.

 

8. Akhir sekali, hiaskan dengan papadam, serunding daging, badam dan kismis.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia