Resipi Kek Coklat Lapis Mousse - Blog Resepi Malaysia |
Resipi Kek Coklat Lapis Mousse Posted: 08 Feb 2014 07:49 PM PST Resipi Kek Coklat Lapis Mousse mungkin sehebat Kek Chocolate Indulgence di secret recipe. Jom cuba! Bahan-bahannya: Kek Coklat Mousse Coklat Ganache Kaedahnya: 1. Gaulkan serbuk koko, tepung gandung, soda bikarbonat, serbuk penaik dalam satu bekas. Gaul rata. 2. Kemudian pukul putih telur bersama gula aising sampai kembang 3. Kemudian masukkan kuning telur, vanila, garam dan cuka. Pukul sebentar sahaja 4. Kemudian tuangkan adunan tepung ke dalam telur yang siap dipukul dan tuangkan minyak. Pukul sampai tak berketul lagi 5. Minyakkan loyang, tuang adunan dan bakar ke dalam ketuhar dengan suhu 175'C. Kalau pandai potong, bakar hanya sekali sahaja selama sejam. Kita buat dua loyang, bahagi dua so bakarnya 30 minit sahaja setiap satu loyang. Dah siap, sejukkan atas relai sebelum masuk dalam peti ais selama 1 jam 6. Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, buatkan mousse. Didih kembar coklat masakan. 7. Dalam cup lain, kacau gelatin bersama air panas, kemudian tuangkan cuka buah. 8. Masukkan ke dalam coklat masakan yang sedang dimasak tadi. Kacau sampai adunan lembut dan cair 9. Dengan mixer yang bersih, pukul whipping cream sampai ringan selama 1 minit kelajuan sederhana. 10. Kemudian masukkan gula aising dan vanila. Pukul lagi selama 3-5 minit dengan kelajuan tinggi. 11. Coklat masakan disejukkan sebentar di atas air sejuk. (Tips: jangan tuangkan coklat yang sedang panas ke dalam whipping cream) 12. Setelah sejuk, tuang ke dalam whipping cream tadi 13. Kaup balik adunan tadi. Lupa nak beritahu, kita tak buat coklat putih, jadi kalau buat coklat mousse putih, bahagian whipping cream kepada dua bahagian. 14. Sampai sebati dan sejukkan sebentar dalam peti ais 15. Kek yang telah sejuk tadi, dimasukkan ke dalam loyang dan di alas dengan plastik. Kalau ada loyang loose base, sila guna ya. Ini teknik bagi yang tak ada loyang tu 16. Tuangkan mousse kita. Ratakan. Kemudian tutup dengan kek, tuangkan lagi. 17. Maknanya kek kita ada tiga lapis, mouse dua lapis. Tutup kek dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Elakkan masuk dalam tempat sejuk beku kerana ini akan merosakkan rasa kek anda walaupun mousse jadi lebih sedap. Sejukkan selama 3 jam. 18. Ini pula cara buat coklat ganache. Masing-masing punya stail, ada yang bubuh telur. Kita tak bubuh. Hanya coklat masakan dan mentega sahaja 19. Kemudian coklat ganache dituangkan ke atas kek 20. Taburkan kek dengan badam dan sejukkan dalam 1 jam 21. Ok dah siap kek kita, boleh makan ya. Kek ini dibuat sempena hari jadi kita. SELAMAT MENCUBA |
You are subscribed to email updates from Ceria Resipi - Pelbagai Resipi Yang Menceriakan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment