Contact Form

Name

Email *

Message *

Thursday 13 February 2014

NASI AYAM HAINAN - Blog Resipi Malaysia

No comments:
 
Bahan A
1 ekor ayam - saya potong empat
3 biji bawang putih dicincang halus
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada - di kisar halus)
1 biji capcicum merah (boleh guna lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana (agak-agak je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan

Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine (saya guna beras biasa)
5 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia (dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan
(kalau nak letak daun pandan pun boleh - bertambah wangi)

Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup

Hidangan sampingan
salad
timun
tomato

Caranya ( untuk ayam)
Mula-mula letak ayam dalam periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam, angkat ayam dan ketepikan.Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.



Bila di hidangkan nanti baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.

2. Buat sambal lada- Kisar semua bahan B dan masak hingga agak pekat.

3. Untuk sup dan nasi pula, panaskan minyak dan tumis bahan kisar di bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.



4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup dan matikan api dapur.



Bila dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.

Sumber : Ros (Jintan Manis)

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia