Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : MEE SIAM BERKUAH - Blog Resepi Malaysia |
Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : MEE SIAM BERKUAH Posted: 27 Jan 2014 07:00 PM PST Assalammualaikum, bertemu kembali di minggu terakhir untuk bulan Januari 2014. Minggu lepas che mat dah berkongsi resipi kek buah yang dicampur dengan epal dan perisa kordial JALEN. Sesuai buat untuk hari keraian dan sebagainya. Minggu ini satu lagi resipi yang boleh dikatakan tradisonal. Kalau di Johor dan Singapura, mi siam berkuah mungkin sudah biasa, tetapi di negeri lain tak pastilah adakah anda pernah atau biasa makan. Orang peranakan baba nyonya juga turut menghidangkan menu mi siam berkuah ini dalam hidangan mereka. Sebenar cara membuat tidaklah susah, cuma nampak macam banyak kaedahnya, tapi bahan-bahannya biasa sahaja. Mi siam berkuah sedap dimakan sejurus anda tuang kuah di atasnya. Kebiasaan bahan sampingan untuk mi siam berkuah ialah telur rebus, hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan limau kasturi. Ada juga yang hidangkan bersama sambal tumis, tapi terpulang pada individu atau ikut selera anda. Resipi ini boleh dimakan untuk 4 - 5 orang bergantung pada keadaan masa anda makan, maksudnya kalau lapar, mungkin akan lebih dan sebaliknya. Lupa nak sebut, dalam resipi nanti che mat gunakan 4 produk dari JALEN iaitu, sos cili, sos tomato, sos tiram dan taucho. Sebenarnya che mat telah ubah suai sedikit dengan penggunaan produk dari JALEN yang berkualiti dan terpelihara rasanya. Kucai dan taugeh antara bahan sayuran yang wajib ada untuk resipi ini. Boleh saja kalau anda tak nak letak, tapi hilanglah keaslian rasanya. Jika anda nak buat lebih, anda boleh lebihkan bahan-bahannya...Jomm kita semak resipi. MI SIAM BERKUAH... BAHAN-BAHANNYA : 250 gm mi hoon, rendam hingga lembut (kurang lebih 30 minit), toskan 1/3 cawan isi udang 20 tangkai kucai, potong pendek 200 gram taugeh 2 keping tauhu saiz sederhana, didadu, goreng dan toskan 1 camca besar sos tomato JALEN 2 camca besar sos cili JALEN 1 camca besar sos tiram JALEN 1 kiub ikan bilis 1/2 camca teh gula Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR HALUS : 8 - 10 tangkai cili kering, kerat buat biji dan rendam dalam air panas 5 minit dan toskan 8 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 3 biji buah keras, hiris Secubit belacan BAHAN-BAHAN KUAH : 2 camca teh taucho JALEN, toskan dan tumbuk halus 1 biji bawang besar, cincang halus 1 camca teh pes asam jawa 600 ml air 3 camca besar kacang tanah tumbuk 1 camca besar gula Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN HIASAN : Telur direbus, dan belah 2 Hirisan cili merah Hirisan daun bawang Limau kasturi, dibelah 2 CARA MEMBUATNYA :
|
You are subscribed to email updates from Resepi Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment