Contact Form

Name

Email *

Message *

Saturday 15 February 2014

Restoran D'Saji Milik Felda Di London Tawarkan Pelbagai Resepi ... - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Restoran D&#39;Saji Milik Felda Di London Tawarkan Pelbagai <b>Resepi</b> <b>...</b> - Blog Resepi Malaysia


Restoran D&#39;Saji Milik Felda Di London Tawarkan Pelbagai <b>Resepi</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 09:13 PM PST

Restoran D'Saji Milik Felda Di London Tawarkan Pelbagai Resepi

Dsaji

KUALA LUMPUR – Felda D'Saji bakal membuka sebuah restoran di Grand Plaza London bagi menawarkan lebih banyak resipi Malaysia kepada pengunjung dan penduduk di bandar raya itu.

Grand Plaza London secara rasminya telah beroperasi pada 22 September lalu setelah aset berkenaan dibeli oleh Felda Investment Corporation (FIC) UK Properties pada harga 98 juta pound (RM495.88 juta).

Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran Felda D'Saji, Muhd. Muinuddin Dzulkifli berkata, buat masa ini perunding khidmat bagi kerja-kerja permohonan ubah suai melibatkan Majlis Bandaraya Westminster yang telah dilantik bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

"Buat masa ini, pengenalan menu masakan Malaysia di peringkat awal hanya membabitkan kos berjumlah RM50,000 sahaja. Bagi pembinaan restoran ini pula, kami belum mendapat jumlah anggaran sebenar daripada perunding pelaburan di London," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak memulakan operasi di hotel tersebut pada Oktober lalu, Felda D'Saji telah mengajar menu masakan Malaysia dan memperkenalkan konsep dapur halal kepada kakitangan dapur hotel yang turut terdiri daripada 10 pekerja berbangsa Eropah.

"Bagi Felda D'Saji, kami bukan sahaja menekankan nilai komersial semata-mata tetapi turut berbangga kerana dapat membantu dari segi dakwah Islam dengan menerangkan keperluan samak dan pengurusan dapur halal.

"Kami amat menghargai peluang yang diberikan oleh Felda dengan membawa Felda D'Saji ke London setelah kejayaan pembukaan Restoran D'Saji Makkah Al-Safwa di Mekah," ujarnya.

Grand Plaza adalah salah satu bangunan servis apartmen terbesar di London yang mengandungi 198 apartmen di 13 bangunan dengan jumlah keluasan 9,758 meter persegi.

Apartmen Grand Plaza terletak berdekatan stesen tren bawah tanah Bayswater dan mencatat purata 90 peratus penginapan sebulan.

Antara menu asas masakan Malaysia yang ditawarkan buat masa ini ialah roti canai, nasi lemak, mi kari dan kari ayam beserta roti.

Beliau berkata, hampir 80 peratus penginap di hotel tersebut memilih sarapan pagi sajian masakan Malaysia.

"Menariknya, tukang masak berbangsa asing juga menerima baik resipi yang ditawarkan dalam pes mudah masak dan memberi satu pengalaman baharu kepada mereka," katanya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada February 12, 2014 - 1:13 pm oleh Nor Azlina Shaari

<b>Malaysia</b> Informasi: <b>Resepi</b> Kek : Kek Coklat Moist

Posted: 07 Feb 2014 09:29 PM PST

Jika disebut kota suci ketiga setelah Mekah dan Madinah, maka dalam beberapa saat akan terlintas dalam benak kita bahawa yang dimaksudkan...

<b>Malaysia</b> Informasi: Dim Sum <b>resepi</b> masakan China

Posted: 30 Jan 2014 10:24 PM PST

Jika disebut kota suci ketiga setelah Mekah dan Madinah, maka dalam beberapa saat akan terlintas dalam benak kita bahawa yang dimaksudkan...

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia