Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : MEE SIAM BERKUAH - Blog Resepi Malaysia |
- Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : MEE SIAM BERKUAH
- Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : NASI BRIYANI DAGING
- Blog Kak Gojes: <b>RESEPI</b> BURGER <b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b>
Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : MEE SIAM BERKUAH Posted: 27 Jan 2014 07:00 PM PST Assalammualaikum, bertemu kembali di minggu terakhir untuk bulan Januari 2014. Minggu lepas che mat dah berkongsi resipi kek buah yang dicampur dengan epal dan perisa kordial JALEN. Sesuai buat untuk hari keraian dan sebagainya. Minggu ini satu lagi resipi yang boleh dikatakan tradisonal. Kalau di Johor dan Singapura, mi siam berkuah mungkin sudah biasa, tetapi di negeri lain tak pastilah adakah anda pernah atau biasa makan. Orang peranakan baba nyonya juga turut menghidangkan menu mi siam berkuah ini dalam hidangan mereka. Sebenar cara membuat tidaklah susah, cuma nampak macam banyak kaedahnya, tapi bahan-bahannya biasa sahaja. Mi siam berkuah sedap dimakan sejurus anda tuang kuah di atasnya. Kebiasaan bahan sampingan untuk mi siam berkuah ialah telur rebus, hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan limau kasturi. Ada juga yang hidangkan bersama sambal tumis, tapi terpulang pada individu atau ikut selera anda. Resipi ini boleh dimakan untuk 4 - 5 orang bergantung pada keadaan masa anda makan, maksudnya kalau lapar, mungkin akan lebih dan sebaliknya. Lupa nak sebut, dalam resipi nanti che mat gunakan 4 produk dari JALEN iaitu, sos cili, sos tomato, sos tiram dan taucho. Sebenarnya che mat telah ubah suai sedikit dengan penggunaan produk dari JALEN yang berkualiti dan terpelihara rasanya. Kucai dan taugeh antara bahan sayuran yang wajib ada untuk resipi ini. Boleh saja kalau anda tak nak letak, tapi hilanglah keaslian rasanya. Jika anda nak buat lebih, anda boleh lebihkan bahan-bahannya...Jomm kita semak resipi. MI SIAM BERKUAH... BAHAN-BAHANNYA : 250 gm mi hoon, rendam hingga lembut (kurang lebih 30 minit), toskan 1/3 cawan isi udang 20 tangkai kucai, potong pendek 200 gram taugeh 2 keping tauhu saiz sederhana, didadu, goreng dan toskan 1 camca besar sos tomato JALEN 2 camca besar sos cili JALEN 1 camca besar sos tiram JALEN 1 kiub ikan bilis 1/2 camca teh gula Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR HALUS : 8 - 10 tangkai cili kering, kerat buat biji dan rendam dalam air panas 5 minit dan toskan 8 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 3 biji buah keras, hiris Secubit belacan BAHAN-BAHAN KUAH : 2 camca teh taucho JALEN, toskan dan tumbuk halus 1 biji bawang besar, cincang halus 1 camca teh pes asam jawa 600 ml air 3 camca besar kacang tanah tumbuk 1 camca besar gula Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN HIASAN : Telur direbus, dan belah 2 Hirisan cili merah Hirisan daun bawang Limau kasturi, dibelah 2 CARA MEMBUATNYA :
|
Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : NASI BRIYANI DAGING Posted: 06 Jan 2014 07:00 PM PST Assalammualaikum, rasanya belum terlambat che mat ucapkan selamat tahun baru masehi 2014 untuk semua pengunjung2 blog JALEN. Macam mana dengan azam tahun baru anda?..Pada che mat berazam ini bagus, tapi azam tanpa usaha tiada makna. Entri pertama untuk tahun baru baru, kita buat nasi briyani, dan resipi ini telah che mat olah dengan menggunakan produk JALEN. Ia dimasak sekali bersama daging dan anda boleh makan bersama salad atau pencok nenas, sudah memadai. Tapi kalau disertakan dengan dalca dan ayam masak merah...hmmm, lagi meletop!. Ia sesuai dihidangkan di majlis formal mahu pun majlis santai. Kalau tanya che mat, susah ke nak masak?..Insha Allah tidak susah asalkan sukatan cecairnya betul, anda akan dapat hasil nasi yang lembut dan gebu. Satu yang penting, jangan kareh atau gemburkan nasi terlalu ganas. Gunakan chopstick untuk menggemburkannya. Seperti biasa kalau nak masak nasi berperisa(seperti nasi briyani, nasi minyak, nasi lemak dan sebagainya), che mat akan gunakan beras basmathi. Ada banyak jenis beras basmathi dipasaran dan ada tu memerlukan sukatan air yang sedikit berbeza walaupun standard ratio untuk beras basmathi dan cecair ialah 1 : 1 atau 1 : 1.5 (satu bahagian beras dan satu atau satu setengah bahagian cecair). Che mat guna basmathi jenis Moghul, dan ratio nya 1 : 1.5 atau anda boleh kurangkan sedikit cecairnya. Che mat masak guna rice cooker dan jika nasi ini tidak habis, anda boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh dimasukkan ke dalam microwave bila nak makan, atau boleh dikukus hingga nasi kembali lembut. Kalau ada kelapangan masa, boleh lah mencuba untuk keluarga atau tetamu....Memasak ini mudah jika anda lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang...Jangan lupa bismillah dan berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad saw, sebelum memasak...Insha Allah diberkati...Jommmm kita mulakan.... NASI BRIYANI DAGING ALA JALEN... BAHAN-BAHANNYA :-) 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, 300 gram daging, hiris nipis, cuci dan toskan* 1 sup bunjut* 2 ulas bawang putih, diketuk* 1 inci halia, diketuk*(*direbus hingga daging empuk, asingkan stoknya) 1 cawan susu segar 4 3/4 cawan air rebusan daging 1 1/2 camca besar rempah briyani (sebarang jenama) 1 1/2 camca besar sos tomato JALEN 2 camca besar kordial perisa oren JALEN 1 helai daun pandan, disimpul 1 batang serai, diketuk 1 pokok daun ketumbar, potong kasar 2 camca besar minyak sapi 2 camca besar minak masak Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 1 biji bawang besar saiz sederhana 3 ulas bawang putih 1 biji cili hijau 1 inci halia BAHAN-BAHAN TUMIS :-) 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 4 biji bawang merah, hiris 1 ulas bawang putih, hiris BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-) 1 genggam kacang gajus yang telah digoreng 1 genggam kismis kuning Hirisan daun sup/daun bawang Bawang goreng CARA MEMBUATNYA :-)
|
Blog Kak Gojes: <b>RESEPI</b> BURGER <b> - Blog <b>Resipi Malaysia</b> Posted: 30 Jan 2014 01:11 PM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Mesti ada yang sibuk mencari resepi untuk minum petang kan. Huhuhu...ahkak ni memang sudah biasa petang wajib la buat milo dan ada kuih atau biskut untuk dimakan. Anak-anak dan suami terjangkit sama. Takkan minum sorang-sorang...anak-anak dan suami melongo aje tengok ahkak minum.Heheheh...Burger Malaysia ni juga dikenali Burger Kampung... Ha..jom kita try petang ni k... BURGER MALAYSIA KREDIT: FB Resepi Bonda Bahan-bahan Untuk sambal : 250g tepung gandum Untuk sambal: Untuk kuih: Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6. Uli doh sehingga tak melekat. |
You are subscribed to email updates from Resepi Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment