Contact Form

Name

Email *

Message *

Thursday 23 January 2014

Jalen Sdn Bhd: RESEPI JALEN : MI BERKUAH TOMATO - Blog Resepi Malaysia

No comments:
 

Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : MI BERKUAH TOMATO - Blog Resepi Malaysia


Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : MI BERKUAH TOMATO

Posted: 13 Jan 2014 07:00 PM PST


Assalammualaikum, masa pantas berlalu, dia tak diam dah masuk entri ke dua dalam bulan pertama tahun 2014. Anda apa khabar, che mat harap semua sihat. Untuk minggu ini che mat berkongsi dengan anda satu resipi yang boleh dikatakan mudah dan senang dibuat. Sesuai untuk dihidangkan jika ada majlis tertentu atau untuk jamuan bersama keluarga. Mi berkuah tomato yang che mat buat ini agak istimewa dengan penggunaan produk JALEN dan memang rasanya berbeza. Bila sebut tomato, pasti ada beranggapan kuahnya masam dan kurang berperisa, insha Allah, dengan penggunaan bahan-bahan yang betul, ia menjadi dengan enak. Seperti dalam gambar, che mat gunakan mi kuning, anda boleh ganti dengan kue teow, mi hoon atau pun spaghetti, semua boleh. 

Resipi ini untuk 500 gram mi kuning, dan che mat guna daging ayam dan fishcake sebagai bahan perencah. Tidak menjadi masalah jika anda nak guna daging, sotong atau udang untuk resipi kuahnya. Kalau anda guna daging, rebus dulu dan ambil air rebusan daging sebagai kuah dan ini akan menjadikan mi anda lagi sedap. Jika suka boleh masukkan sekali bahan-bahan perencah seperti che mat tulis tadi, ke dalam kuah. Mi ini dihidangkan bersama telur rebus, tapi untuk kelainan, che mat gantikan dengan telur mata kerbau, hirisan daun salad dan taugeh sebagai ulam. Tak lupa tauhu yang digoreng kemudian dihiris nipis. Enak dimakan semasa kuahnya selagi hangat. Satu lagi dalam resipi che mat guna keledek kaler oren, tapi anda boleh guna sebarang jenis keledek atau pun boleh ganti dengan ubi kentang.Ok, che mat tulis resipinya, jangan lupa mencuba ok.

MI BERKUAH TOMATO...

BAHAN-BAHANNYA KUAH :-)

300 gram dada ayam, hiris memanjang, cuci dan toskan*

1/2 camca teh serbuk lada sulah*

1/4 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)

1 keping fishcake, hiris nipis

6 biji cendawan butang, hiris

200 gram keledek oren, rebus hingga lembut dan lecek halus (boleh ganti dengan kentang)

1 biji bawang besar*

1/2 inci halia*

2 biji tomato*(*dikisar halus)

2 ulas bawang bawang putih, cincang halus

5 biji bawang merah, hiris

2 camca besar cili kisar

5 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar sos cili JALEN

1 kiub ayam

Garam dan gula secukup rasa

2.5 liter air (nak sedap guna stok rebusan tulang ayam)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)

500 gram mi kuning, cuci dan celur sekejap, toskan

Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan

Daun salad, hiris 

Cili merah dan cili hijau, dihiris

Daun sup/daun bawang, dihiris

Bawang goreng secukupnya

Telur rebus atau telur mata kerbau secukupnya

Tauhu, digoreng dan hiris nipis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum , masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga harum. Masukkan ayam dan kacau rata, masak hingga ayam berubah warna. Tuang sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub pati ayam, cendawan dan fishcake. Kacau rata dan tambah keledek lecek. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Kalau anda suka kuah lebih manis, boleh tambah gula.
  3. Masukkan mi kuning secukupnya ke dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan daun salad, taugeh, hirisan cili merah/cili hijau, daun sup/daun bawang, tauhu goreng yang telah dihiris, bawang goreng dan telur rebus atau telur mata kerbau. Hidangkan segera.

No comments:

Post a Comment

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia