Ayu Rashid: <b>Resepi</b> Donut dan Burger <b>Malaysia</b> - Blog Resepi Malaysia |
Ayu Rashid: <b>Resepi</b> Donut dan Burger <b>Malaysia</b> Posted: 23 Jan 2014 11:14 PM PST Bulan November tahun lepas ayu belajar buat donut dengan mak mertua. Alhamdulillah. Mudah serap ilmu tu hahahha. Masa tu jugak laaa baru i tau. Doh donut dan burger malaysia ni sama. So, bahagialah kan... dua jenis kuih sekali harung. Ni ayu nak share resepi tersebut. Resepi mak mertua ayu buat ni simple jer. Bahan pun simple, tapi tetap gebu dan sedap. Resepi Donut dan Burger Malaysia Ini untuk setengah kilo @ setengah plastik gandum. - Gandum (setengah plastik) - Marjerin (2 sudu) - Susu cair @ susu pekat manis (setengah cawan) - Mauripan (1 paket) - Air untuk bancuh. Cara: - Bancuh mauripan dengan air - Masukkan semua bahan -- adun sampai sebati *pastikan doh tak terlalu lembik atau keras. *pepandai korang la agak sendiri :) - Dah boleh buat bentuk donat @ burger malaysia. - Boleh goreng bila donut tu dah naik. * jangan biar terlalu naik, nanti bantat semula bila terlebih gebu. Resepi Gula Donut: - Blender kering gula - Bila donut digoreng dah sejuk baru golek gula blender (kalau masih panas, nanti donut tu jadi berair atau lembap dan tak sedap) Resepi Sambal Burger Malaysia - Blender bawang merah + bawang putih + ikan bilis (Amaun sila anggarkan sendiri berdasarkan jumlah burger dan banyak mana korang suka makan sambal) - Masak sambal sama macam masak ikan bilis sambal. - Nak lagi sedap, jangan terlalu pedas dan sila maniskan sedikit sambal tu. Ni yang ayu buat hari isnin lepas. Menanges tengok rupabentuknya. Asal jadik sudah. Yang penting rasa maveles! Hahhaha... dasar pemalas kan!
Anak bujang i... suka sangat main masak-masak! Manjang nak main dan beli Play Doh. Pastu, main sekejap campak memaner. Bersepah-sepah. Paling nyampah melekat kat sofa dan karpet. Makanya, kalau buat donut.
| ||||||||||
Jalen Sdn Bhd: <b>RESEPI</b> JALEN : NASI BRIYANI DAGING Posted: 06 Jan 2014 07:00 PM PST Assalammualaikum, rasanya belum terlambat che mat ucapkan selamat tahun baru masehi 2014 untuk semua pengunjung2 blog JALEN. Macam mana dengan azam tahun baru anda?..Pada che mat berazam ini bagus, tapi azam tanpa usaha tiada makna. Entri pertama untuk tahun baru baru, kita buat nasi briyani, dan resipi ini telah che mat olah dengan menggunakan produk JALEN. Ia dimasak sekali bersama daging dan anda boleh makan bersama salad atau pencok nenas, sudah memadai. Tapi kalau disertakan dengan dalca dan ayam masak merah...hmmm, lagi meletop!. Ia sesuai dihidangkan di majlis formal mahu pun majlis santai. Kalau tanya che mat, susah ke nak masak?..Insha Allah tidak susah asalkan sukatan cecairnya betul, anda akan dapat hasil nasi yang lembut dan gebu. Satu yang penting, jangan kareh atau gemburkan nasi terlalu ganas. Gunakan chopstick untuk menggemburkannya. Seperti biasa kalau nak masak nasi berperisa(seperti nasi briyani, nasi minyak, nasi lemak dan sebagainya), che mat akan gunakan beras basmathi. Ada banyak jenis beras basmathi dipasaran dan ada tu memerlukan sukatan air yang sedikit berbeza walaupun standard ratio untuk beras basmathi dan cecair ialah 1 : 1 atau 1 : 1.5 (satu bahagian beras dan satu atau satu setengah bahagian cecair). Che mat guna basmathi jenis Moghul, dan ratio nya 1 : 1.5 atau anda boleh kurangkan sedikit cecairnya. Che mat masak guna rice cooker dan jika nasi ini tidak habis, anda boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh dimasukkan ke dalam microwave bila nak makan, atau boleh dikukus hingga nasi kembali lembut. Kalau ada kelapangan masa, boleh lah mencuba untuk keluarga atau tetamu....Memasak ini mudah jika anda lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang...Jangan lupa bismillah dan berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad saw, sebelum memasak...Insha Allah diberkati...Jommmm kita mulakan.... NASI BRIYANI DAGING ALA JALEN... BAHAN-BAHANNYA :-) 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, 300 gram daging, hiris nipis, cuci dan toskan* 1 sup bunjut* 2 ulas bawang putih, diketuk* 1 inci halia, diketuk*(*direbus hingga daging empuk, asingkan stoknya) 1 cawan susu segar 4 3/4 cawan air rebusan daging 1 1/2 camca besar rempah briyani (sebarang jenama) 1 1/2 camca besar sos tomato JALEN 2 camca besar kordial perisa oren JALEN 1 helai daun pandan, disimpul 1 batang serai, diketuk 1 pokok daun ketumbar, potong kasar 2 camca besar minyak sapi 2 camca besar minak masak Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 1 biji bawang besar saiz sederhana 3 ulas bawang putih 1 biji cili hijau 1 inci halia BAHAN-BAHAN TUMIS :-) 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 4 biji bawang merah, hiris 1 ulas bawang putih, hiris BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-) 1 genggam kacang gajus yang telah digoreng 1 genggam kismis kuning Hirisan daun sup/daun bawang Bawang goreng CARA MEMBUATNYA :-)
|
You are subscribed to email updates from Resepi Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment