Aku Bukan Masterchef: <b>Resepi</b> 292 : Mini Burger <b>Malaysia</b> Moden <b>...</b> - Blog Resepi Malaysia |
Aku Bukan Masterchef: <b>Resepi</b> 292 : Mini Burger <b>Malaysia</b> Moden <b>...</b> Posted: 18 Nov 2013 10:30 PM PST Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera Hari ni ABM update resepi yang memang tak asing lagi bagi rakyat malaysia iaitu Mini Burger Malaysia ni. Tapi, ABM modenkan sikit dengan letak nugget kat dalam tu. Nugget tu pon ABM buat homemade. Kalau nk beli yg kedai punya pon ok. Lagi senang. Utk resepi doh ABM rujuk Tapi ABM ganda kan sikit adunannya. Alhamdulillah menjadi. Rindu sebenarnya nak makan kuih ni. Okeylah, lau nk cuba, bolehlah rujuk resepi kat bawah ya. BAHAN BAHAN (16 ketul - bergantung pada saiz) 500g tepung gandum 240ml air suam/susu suam (40-50℃) 4 sudu besar mentega 5 sudu besar gula halus 4 sudu kecil yis bahan tambahan timun secukupnya sambal tumis secukupnya nugget secukupnya (resepi homemade nugget DISINI) CARA CARA 1. Didalam mangkuk kecil berisi air suam/susu suam, masukkan yis dan sedikit gula kedalamnya. Gaul rata dan biarkan yis selama 5 minit atau sehingga yis berbuih. 2. Didalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, mentega, lebihan gula tadi dan gaul sebati. Masukkan yis yang telah aktif tadi kedalam adunan tepung dan uli sehingga tidak melekat. Lebih kurang 10-15 minit. 3. Seletah itu, letakkan didalam mangkuk yang di gris sedikit dengan mentega dan tutup mangkuk dengan plastic wrap. Biarkan doh kembang selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. 4. Jika sudah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin didalamnya. Bahagikan doh sebanyak 16 bahagian atau lebih. Bulatkan doh dan susun diatas tray. Buat sehingga habis. 5. Tutup doh dengan kain yang bersih dan biarkan doh naik 2 kali ganda lagi. Lebih kurang 45 minit. 6. Panaskan minyak penuh didalam kuali. Apabila minyak sudah panas, gorengkan doh sehingga kekuningan. Gunakan api yang sederhana. Tapiskan minyak dan biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan dimasukkan sambal tumis, timun dan nugget didalamnya. Cucuk dengan lidi supaya tak teralih. ENJOY! |
<b>resepi</b> kerabu mangga satun - travel blog <b>malaysia</b> thailand - Blogger Posted: 28 Nov 2013 09:48 PM PST
BAHAN BAHAN Cara membuatnya Seterusnya SIAP UNTUK DI HIDANGKAN ****** Perhatian********* cara membuatnya : cuma gaul dengan bahan bahan diatas tadi |
You are subscribed to email updates from Resepi Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment