Resepi Makaroni dan Keju Ceria (Mac N Cheese) | Blog Resipi Malaysia |
- Resepi Makaroni dan Keju Ceria (Mac N Cheese)
- Kek Sarang Semut Ceria
- Telur Shashuka Ceria
- Ayam Mashwi (Dajaj Mashwi)
- Tips Tanak Nasi Arab
- Tepung Sagupal Ceria (Sagu Yang Dikepal bukan asamgumpal atau segumpal)
Resepi Makaroni dan Keju Ceria (Mac N Cheese) Posted: 28 Jul 2016 02:25 AM PDT 'Mak' dan 'keju'(Mac n Cheese) adalah hidangan pasta orang Amerika klasik dan semua orang sukakannya. Yang penting, jangan ragu untuk menggunakan mana-mana jenis makaroni yang berbagai jenis corak tiub yang anda mahu. Saya telah membuat hidangan ini dan hanya menunggu sehingga adik kakak mencubanya! Hidangan ini tidak akan memenangi sebarang hadiah di dalam pertandingan makanan kecuali dengan salad yang bagus bersama ayam panggang yang bagus. Wow! Bahan-bahan 2. Sos Pasta Untuk hiasan tambahan, taburkan keju mozzarela ke atas makaroni tadi. Untuk hiasan selepas memadak, taburkan 3 genggam besar serbuk roti (breadcrumbs) dan reniskan sedikit minyak zaitun semasa masih panas lagi. Resepi asal dari Jamie Oliver yang saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya yakin, resepi ini mampu membuatkan adik kakok teruja dalam kesedapan! |
Posted: 21 Jul 2016 01:47 AM PDT Kek Sarang Semut Ceria atau Kek Gula Hangus Ceria juga dikenali Kek Span Gula Hangus suatu masa dahulu, bukanlah cerewet cara membuatnya. Untuk newbies atau yang baru nak cuba membuatnya, inilah bahan-bahannya: Gula Karamel Bahan basah Bahan Kering Bergabung... 2. Selepas itu, tuangkan adunan ini ke dalam gula karamel kita tadi. Gaul sebati. 3. Griskan loyang, kemudian tuangkan adunan berkaramel tadi ke dalam loyang yang hendak dibakar. Peram sekurang-kurangnya sejam setengah, lebih cantik kalau 3 jam ke atas. 4. Panaskan ketuhar selama 10 minit dan masukkan adunan tadi. Bahagian atas loyang dibalut kerajang aluminium. Cara bakar; = Jika guna ketuhar api gas, 160 darjah sentigred selama setengah jam memadai. Jika sudah mahir, boleh naikkan lagi jumlah bahan sekali ganda seperti berikut 8 biji telur gred B atau 7 biji gred A 2 cawan tepung gandum di bakar selama 35 minit hingga 45 minit. Bermakna, masa minit 35, kena cek sama ada dah masak belum, bau rentung ke tak. Banyak faktor mempengaruhi. Jika sudah berjaya dan mahir, kekalkan alatan anda itu termasuk ketuhar yang anda guna kerana setiap alat dan ketuhar berbeza-beza jenis dan suhunya. Masih tidak jadi sarang semut? |
Posted: 21 Jul 2016 01:23 AM PDT Telur shashuka (Syasyuka) adalah masakan yahudi dan mediteranean sering dijumpai di restoran nasi arab milik warga arab di Malaysia. Inilah bahan-bahannya. Bahan Tumis Sos tomato 2 sudu kecil tomato cincang 800g (saya gantikan dengan 3 sudu besar sos pasta, 2 biji tomato kerat 16 dan 1/2 cawan air). gambar contoh tomato cincang dalam tin. Jintan putih 1 sudu kecil Paprika 1 sudu kecil Serbuk cili 1 sudu kecil (saya ganti cili boh) Cili empeng 1 sudu kecil (saya tak letak sebab pedas sangat) Gula 1 sudu besar garam 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu kecil didihkan 15 minit atau sampai pekat. Cuba rasa kemasinan. Baiki jika perlu. Kemudia barulah pecahkan telur 3 biji dan gaul laju-laju jika mahu telur hancur. Kalau nak buat telur mata kerbau, pecahkan atasnya dan tunggu telur masak. |
Posted: 25 Jun 2016 07:52 AM PDT Resepi Ramadan, nak masak cara nandos tapi gaya arab. Inilah dia, ayam mashwi, mashwi ni maksudnya panggang. Sumber asal resepi ini saya ambil di FB (اكلات وحلويات رمضانية) Aklatun wa Hulwiyyatun Ramadaniah (Makanan dan Manisan Bulan Ramadan). Nama asalnya (طريقة عمل الدجاج المشوي بالكيس) thoriqatun amalunid-dajajil-meshwi bilkis iaitu bermaksud resepi ayam panggang dengan plastik kalis api. Blog resipinya http://www.cookwd.com/2016/05/roasted-chicken.html Saya kalau masak yang arab, tengok resepi pun yang dari arab. Itulah untung kalau ambil Bahasa Arab SPM. Saya ada ubahsuai sikit resepi asal. Bahan-bahannya Bahan lulur ayam 2 sudu besar minyak zaitun sebiji jus lemon dan parutan kulitnya 1 sudu besar cuka 2 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan putih (dikisar) 1 sudu kecil ketumbar (dikisar) 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar paprika (kalau nak kurangjadi 1/4 sudu kecil) 1/2 sudu besar sos cili (ikutlah jenama apa) 6 ulas bawang putih diparut 1 inci halia diparut 1 biji cili hijau dipotong 1 biji bawang besar (atau 2 biji bawang kecil) dibelah empat dimasukkan dalam badan ayam *tambahan, saya masukkan dua sudu besar cuka arang (smoke liquid) Gaul dan lulur. Masuk dan sapu rempah dalam badan ayam. Rehat 10 minit hingga sejam. Sayuran2 biji kentang dipotong empat 1 batang lobak merah dipotong empat 2 batang zukini atau timun batang dipotong empat * nak potong sepuluh pun boleh, potong 4 ni lebih ranguplah. Jem, sarat pula. Tak pasal-pasal kena tukar bekas. Resepi asal 1 kg ayam, ayam ni ayam besar sebab itu lebih muatan. Terpaksa tukar loyang heheh Bakar dengan api sederhana (150 darjah sentigred) selama sejam setengah atau api kuat (220 darjah sentigred) selama 45 minit. Siap dihidang bersama sos nandos. Yang latar belakang tu kuih manisan lokma, ada dalam FB tadi juga. |
Posted: 05 Jul 2016 12:03 PM PDT Tips Tanak Nasi Arab ini saya berikan percuma walaupun saya berniaga boleh dapat beribu-ribu, tetapi ilmu adalah dari Allah. Demikian juga rezeki. Kata nenek saya, walaupun kita bagi ilmu memasak 150% kepada orang lain, tetapi air tangan membezakannya. Itulah kata-kata keramat dari nenek saya dan saya harap kita mula berfikiran lebih maju ke hadapan iaitu, jangan ada rahsia dalam resepi. Inilah Tips Tanak Nasi Arab tak kiralah kabsah, mandi, maqlubah, biryani, bukhari, palao kabuli (bukan nasi kebuli pahang). Apa sahaja jenis nasi asalkan dari tanah Arab, Tanah Afrika, Tanah Parsi, Tanah Afghanistan dan seumpamanya. Antaranya pemilihan beras basmati yang betul, periuk tekanan, rasa salai, kemasinan dan rempah sup asasi. 1. Pemilihan beras basmati Bernas Era Sella 1121 dan Jasmin PusaGold 1121 Di bawah ini pula gambar contoh beras sella yang dibeli di kedai pak arab 2. Periuk tekanan (Pressure cooker) Ini penting bagi menjamin kualiti nasi dari beras basmati, ia akan menjadikan beras benar-benar panjang dan tidak berketul. Biasanya, cara tanak nasi ialah 7 minit api besar tambah 3 minit api kecil bergantung jenis jenama dan jenis periuk tekanan. 3. Rasa Salai (smoke-flavour) Rasa salai boleh dibuat dengan dua cara sama ada dengan cuka rasa salai dan arang. a. Cuka rasa salai (smoke flavour atau liquid smoke) boleh didapati di pasaraya (seperti yang Chef Amar jual harga RM25.00 lebih kurang 100ml kalau tak silap). Tetapi saya menggunakan cuka salai ini yang saya beli di kawasan kayu arang Kuala Sepetang di Perak. Ekstrak yang diperolehi dari kayu arang itu boleh dibeli dengan harga RM5.00 sebotol 500ml. Harga yang saya sebut ini ialah harga pada tahun 2014, masih tak habis lagi saya guna. Hanya renjis dua sudu besar ke dalam beras sebelum tanak. Sesuai untuk periuk nasi biasa. Cecair ini juga boleh disapukan ke atas ikan atau ayam atau daging dengan oven/ketuhar/periuk ajaib. Rasanya seperti bakar dengan arang b. Arang (charcoal) hendaklah dinyalakan terlebih dahulu sehingga berbara. Cara ini untuk periuk tekanan sahaja kerana periuk nasi biasa tidak dapat menyerap asap salai. Semasa tanak nasi pada 3 minit api kecil itu atau setelah masaknya nasi, lepaskan udara termampat periuk tekanan kemudian masukkan arang berbara itu. 4. Kemasinan. Itulah yang anda perlu tahu, nasi arab ditanak masin. Pastikan air sup tanak beras benar-benar masin sebelum anda nyalakan api/elektrik. Masin yang bagaimana ya? Masin yang kita tak boleh menghirup kuahnya sebab masin sangat hehe. Maknanya, kalau 1 liter air tu, bukanlah secubit garam, bukanlah sesudu kecil garam, tetapi 2-3 sudu besar garam. Tak percaya? Cubalah! 5. Rempah Sup Asasi. Rebus dahulu air sup dengan rempah asasi sampai mendapat stok daging/ayam yang benar-benar mantap! Sup yang sedap akan membuatkan nasi arab sedap! Sup yang saya maksudkan bukan sup hirup, tetapi sup yang dijadikan air tanak beras basmati. Semua chef akan berkata, sedikit itu sedap (less is more). Terlalu banyak penambahan rempah sesuka hati membuatkan sup kita rasanya aneh dan pelik. Sebenarnya, sup hendaklah dibuat dengan semuda-mudahnya tanpa ada banyak penambahan rempah sesuka hati. Seperti resipi nasi laham mandi, saya ada memberikan rempah asasi bagi membuat air supnya. Ok, lima di atas cukup untuk menghasilkan nasi arab yang sedap dan lazat. Masya Allah.. lazeez! Boleh copy paste, tak perlu minta izin tetapi jangan sesekali cakap, resepi ini anda punya dan mengharamkan orang lain copy paste sedangkan anda ceduk dari sini. Saya nak ilmu ini semua orang di Malaysia menguasainya! |
Tepung Sagupal Ceria (Sagu Yang Dikepal bukan asamgumpal atau segumpal) Posted: 28 May 2016 08:42 PM PDT Tepung Sagupal atau kuih sagupal bukanlah dieja asamgumpal atau segumpal sebagaimana yang dieja oleh bloggers dan buku resipinya. Ianya berasal dari Kelantan, dari perkataan sagu yang dikepal (dibulat-bulat) akhirnya disingkatkan menjadi sagu-pal
Ok kita teruskan resepinya, nanti ada yang marah sebab ego yang tinggi. Bahan-Bahan 2 cawan sagu putih - rendam, bersihkan dan toskan Cara Membuatnya Masukkan sagu ke dalam bekas besar dan tuang air panas mendidih sedikit-sedikit. |
You are subscribed to email updates from Ceria Resipi - Pelbagai Resipi Yang Menceriakan. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment