Contact Form

Name

Email *

Message *

Friday, 7 October 2016

Diet Atkin cara mudah turunkan berat badan | Blog Resipi Malaysia


Diet Atkin cara mudah turunkan berat badan

Posted: 07 Oct 2016 05:10 AM PDT

Maaf, lama tak kemaskini blog. Saya nak kongsi beberapa tips. Sebelum itu, saya nak maklum bahawa saya sedang diet setelah pertambahan berat badan lebih 15kg dalam 3 tahun kebelakangan ini. 

Saya telah mengamalkan diet Atkin. Sekarang ini, saya sedang minum teh hijau sencha tanpa gula petang ini sebelum azan asar.

Nak tahu khasiat dan kebaikan minuman teh dan kopi?

1. Untuk kopi, gunakan pemanis dari stevia atau madu asli dan jauhi gula sama sekali.

2. Untuk teh, dapatkan teh earl grey atau teh hijau yang diminum tanpa gula.

3. Untuk minuman bersusu, jauhi krimer, susu sejat krimer, susu pekat krimer. Gunakan susu segar.

4. Yang penting, jauhi minuman teh dan kopi segera 2 dalam 1 mahupun 3 dalam 1.

5. Minum teh TANPA GULA sangat bagus bagi mereka yang ingin berhenti merokok kerana kandungan anti oksida yang tinggi dapat menyingkirkan bahan kimia rokok dalam tubuh sekaligus mengurangkan ketagihan rokok.

Ketagihan gula sama dengan ketagihan rokok, ianya memudaratkan diri. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.

Minum air masak/mineral/RO pada peringkat remaja agak sukar kerana ketagihan gula. Kajian mendapati, apabila seseorang mencapai umur 35 tahun, metabolisme mula menyusut.

Jika ketika usia kita menjangkau 35 tahun masih lagi ketagihan gula, tunggulah sahaja masanya untuk potong kaki.

Diet Atkins.

Saya sudah cuba berbagai jenis diet sejak awal tahun 2016 tetapi gagal. Mungkin saya belum obese dan BMI saya masih normal. Dengan berat 73kg dan tinggi 1.68m, ianya normal tetapi saya mudah terasa penat.

Saya mula tahu mengenai Diet Atkins semenjak mengikuti facebook Dr Zubaidi.

Diet ini jenis mudah sekali tanpa berlapar mahupun bersenam. Sesuai untuk orang yang obese (sakit lutut nak bersenam), orang yang mengidap kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, buah pinggang dan orang yang malas bersenam tetapi ingin kekal kurus tanpa lapar.

Penyebab utama kegemukan ialah beras, pulut, kanji, ubi, tepung dan gula. Bila kita tak makan semua itu, hanya makan sayur, ulam, daging, ikan, ayam, telur dan oat serta air mineral/kosong 8 gelas besar sehari, insya Allah boleh susut berat badan paling sedikit 3 kg sebulan dan maksimum 20kg (jika obes)

Diet ini dinamakan Diet Atkins iaitu diet yang tidak perlu minum teh yang menyebabkan berak cair, senaman, puasa, makan pil atau pembedahan. Diet Atkins ialah diet yang paling selamat kerana kita masih makan.


Bayangkan berat kita 70kg, kita hanya ambil masa 3 bulan untuk mengurangkan berat kepada 60 kg tanpa bersenam dan tanpa berlapar. (TERBUKTI!)

Tetapi kalau nak cepat susut, bersenamlah 10 minit selepas makan. Kalau makan 3 kali sehari, maknanya masa bersenam 30 minit.

Kolestrol dan lemak
Tadi terbaca surat khabar, nasi kabsah punca mati pucuk. Nasi Kabsah penyebab mati pucuk? Jangan baca tajuk sahaja tau hehehe. Bukan kabsah puncanya, kalau baca betul-betul, ia berpunca dari kolestrol dan lemak. Dia fokus pada kabsah kerana ianya menjadi makanan yang kerap dimakan di Arab Saudi.

Kalau di Malaysia, kita suka makan apa? Semak semula lemak dan karbohidrat dalam nasi, nasi lemak, nasi goreng, makanan makanan bergoreng, berkanji, kuih mueh dll.

Dalam Diet Atkin, semua jenis nasi, tepung dan gula tidak boleh diambil. Hanya sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak, buah-buahan, kekacang dan ikan bakar sebagai sumber protein dan air mineral 2 liter sehari sahaja.

Saya berjaya kurangkan berat badan asal saya iaitu kepada 58kg dengan kadar penurunan 15kg dalam masa dua bulan tanpa berlapar dan tanpa bersenam kecuali tekan tubi 17 kali dan bangkit tubi 40 kali sehari, alhamdulillah. Walaupun tak ketara penurunannya, saya  berasa lebih sihat dan cergas sekarang.

Cubalah! Tak mati pun kalau tak makan nasi, Insya Allah. Mesej ini ditujukan bagi mereka yang merasakan mustahil boleh hidup tanpa nasi!

Piramid makanan

Piramid makanan memang perlu diubah berdasarkan situasi kajian semasa.
Dulu, kita diajar untuk makan beras, tepung dan bijiran sebanyak mungkin.
Kajian terbaharu mendapati, makanan inilah penyumbang kepada penyakit kencing manis dan kegemukan.

Piramid terbaharu, utamakan gaya hidup sihat, makan sayur dengan banyak, kemudian makan sumber protein seperti ikan dan daging, ambil nasi atau tepung atau bijiran dengan kadar sederhana. Banyakkan minum air masak, kurangkan gula dalam minuman/makanan atau tiada gula langsung. Boleh rujuk di pautan

Elakkan nasi, pulut, ubi, kanji, gula, tepung dan makanan segera untuk kurus tanpa bersenam. Hanya makan sayur, ulam, telur dan sedikit lauk seperti ikan bakar, ayam bakar dan daging bakar serta air kosong 8 gelas sehari.

Kalori jadi lemak tersimpan

Jom semak mengapa kalori berubah menjadi lemak.

Tenaga harian yang diperlukan
= Berat semasa dalam kg x 30 kalori
= ___80___ kg x 30kalori
= __240__ kalori

1 mangkuk nasi mengandungi 207 kalori.
Tenaga harian yang diperlukan oleh badan anda bersamaan:
_____240__ kalori ÷ 207 = __1___ mangkuk nasi tanpa lauk dalam sehari!

Kita makan 3 -5 mangkuk sehari. Itu belum kira kalori lauk pauk. Kemudian kerja hanya dalam pejabat. Kalori yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak.

Rendah Karbohidrat
Sasarannya mudah, rendah karbohidrat. Ambil kurang 20 gram karbohidrat sehari. Karbohidrat bukan terletak pada lemak haiwan dalam menu kita, tetapi di dalam gula, nasi, pulut, kanji, ubi dan tepung.
Bayangkan sepinggan nasi mempunyai 80 gram karbohidrat. Itu nasi putih! Mee, spageti, laksa yang terbuat dari tepung gandum dan tepung beras mempunyai 100 gram karbohidrat. Sebab itulah mengapa pesakit kencing manis sangat menderita apabila makan nasi, pulut, kanji, ubi dan tepung. Ini membuktikan bahawa terdapat kehadiran gkukosa atau gula dalam makanan ini.

Sayur pula, terdapat 1 gram karbo dalam semangkuk salad/sayur. Jika tidak tahan lapar, makanlah 20 mangkuk sayur sehari.
Dalam sehari, saya kebiasaannya mengambil sayur sebanyak 3 mangkuk sehari, semangkuk oat kosong, ikan goreng, kekacang dan buah. Biasanya resepi sayur yang saya hidangkan ialah
1. sayur kubis, bijan, hirisan almond dan timun dijadikan salad bersama mayonis atau
2. terung bakar cicah sambal atau
3. betik mengkal dijadikan somtam tanpa gula.
4. Sayuran hijau bertangkai dipotong halus dan digoreng dengan mentega bersama  bawang putih, jintan dan lada hitam.
5. Ulam dan ikan rebus dicicah budu

Sasaran diet Atkins ialah membakar lemak atau karbohidrat. Secara sains, glukosa yang akan terbakar dahulu. Tapi bila glukosa tiada? Maka badan akan membakar lemak dalam badan untuk memberikan kita tenaga pada hari itu. Ia dapat dilihat seminggu selepas diet atkins. Maksud membakar lemak dalam badan ialah proses pembakaran semulajadi lemak yang terkumpul di perut, peha, pinggul, dagu, pipi dan belakang badan. Kesannya, selepas tiga bulan, anda bukan lagi obes. Diet yang mengenyangkan!

Kesimpulannya

Jadi, makanlah sayur sampai kenyang kerana sayur mempunyai serat yang tinggi,

2. makan buah-buahan sebagai kudapan atau snek. Buah-buahan dengan amaun yang sedikit. Elakkan pisang, durian, kurma dan anggur serta yang terlalu manis. Buah yang boleh dijadikan kudapan antaranya nona, nangka, ceri, langsat, rambutan dan sukun.

3. ambil protein dari kekacang, ikan, ayam (tanpa kulit), telur dan daging dalam kuantiti sederhana

4. banyakkan minum air mineral, jauhi gula dan krimer,

5. Jauhi makanan segera seperti snek, burger, sosej, makanan bergoreng dan seumpamanya.

6. Untuk bijirin, memadai oat yang dimakan kosong ataupun bersama susu segar atau susu tepung rendah lemak.

7. Jauhi minuman bergas, minuman jus kordial, ais krim dan produk makan bergula sama ada terang mahupun tersembunyi seperti donat, kek, cek mek, jala mas, puding raja, kuih-muih, agar-agar, dan seumpamanya.

8. Ubi memang harus dielakkan. Ubi kayu, ubi keledek, ubi kentang, lobak merah dan seumpamanya.

Senaman ringan paling kurang 5 minit sehari jika cara hidup kita kurang aktif.

Anda seharusnya sudah faham, kenapa ceria resepi sudah terhenti perkongsiannya. Hidup cergas!

Monday, 1 August 2016

Resepi Makaroni dan Keju Ceria (Mac N Cheese) | Blog Resipi Malaysia


Resepi Makaroni dan Keju Ceria (Mac N Cheese)

Posted: 28 Jul 2016 02:25 AM PDT

'Mak' dan 'keju'(Mac n Cheese) adalah hidangan pasta orang Amerika klasik dan semua orang sukakannya. Yang penting, jangan ragu untuk menggunakan mana-mana jenis makaroni yang berbagai jenis corak tiub yang anda mahu. Saya telah membuat hidangan ini dan hanya menunggu sehingga adik kakak mencubanya!
Hidangan ini tidak akan memenangi sebarang hadiah di dalam pertandingan makanan kecuali dengan salad yang bagus bersama ayam panggang yang bagus. Wow!

Bahan-bahan

1. Makaroni
1 sudu teh garam
300 gram makaroni
dua cawan air tapis.
Didihkan air bersama semua bahan di atas sehingga makaroni agak kembang sedikit lebih kurang 10 hingga 15 minit. Selepas itu, toskan dan ketepikan.

2. Sos Pasta
30 gram mentega
dicairkan kemudian masukkan;
1 sudu besar tepung gandum
kacau hingga sebati kemudian;
4 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris halus
ditumis sehingga naik bau dan campurkan;
2 helai daun salam
dan;
susu cair 250ml
biarkan didih sebentar kemudian masukkan;
3 biji tomato dipotong dadu
beberapa tangkai taim segar, atau kering pun tak apa
2 percikan sos Worcestershire, (pilihan, jika tiada, memadai bubuh sesudu kecil kicap manis dan sesudu kecil sos tiram)
1 parutan buah pala, (pilihan)
akhir sekali, masukkan;
70 gram keju Cheddar, baru diparut
50 gram keju Parmesan, baru diparut
jika tiada kedua-dua keju ini, memadai dengan menggunakan 110 gram krim keju tortura (tortura milk cream cheese).
Kacau sehingga sebati

Untuk hiasan tambahan, taburkan keju mozzarela ke atas makaroni tadi.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 220 darjah sentigred. Bakar selama 20 minit

Untuk hiasan selepas memadak, taburkan 3 genggam besar serbuk roti (breadcrumbs) dan reniskan sedikit minyak zaitun semasa masih panas lagi.

Resepi asal dari Jamie Oliver yang saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya yakin, resepi ini mampu membuatkan adik kakok teruja dalam kesedapan!

Kek Sarang Semut Ceria

Posted: 21 Jul 2016 01:47 AM PDT

Kek Sarang Semut Ceria atau Kek Gula Hangus Ceria juga dikenali Kek Span Gula Hangus suatu masa dahulu, bukanlah cerewet cara membuatnya.

Untuk newbies atau yang baru nak cuba membuatnya, inilah bahan-bahannya:

Gula Karamel
= 1 cawan gula disangai di atas kuali atau periuk
tunggu sampai semuanya menjadi karamel kemudian;
= 1 cawan air panas dituang perlahan-lahan, kemudian;
= masukkan 2 sudu marjerin dan gaul sampai marjerin sebati. Tutup api. Jangan gaul lama-lama

Bahan basah
= 4 biji telur ayam gred B atau 3 biji kalau gred A dipukul sampai kembang dan bukan sampai bertanduk
= 150 ml susu pekat dituang ke dalam telur dan dipukul sampai susu sebati sahaja
= 1 sudu teh vanila kalau tak mahu, tak payah bubuh.

Bahan Kering
= 1 cawan tepung gandum tanpa peluntur (unbleached) disaring bersama
= 2 sudu soda bikarbonat dan
= 1 sudu teh serbuk penaik

Bergabung...
1. Tuangkan bahan basah sedikit demi sedikit ke atas bahan kering, gaulkan. Ini untuk mengelakkan ianya berketul

2. Selepas itu, tuangkan adunan ini ke dalam gula karamel kita tadi. Gaul sebati.

3. Griskan loyang, kemudian tuangkan adunan berkaramel tadi ke dalam loyang yang hendak dibakar. Peram sekurang-kurangnya sejam setengah, lebih cantik kalau 3 jam ke atas.

4. Panaskan ketuhar selama 10 minit dan masukkan adunan tadi. Bahagian atas loyang dibalut kerajang aluminium. Cara bakar;

= Jika guna ketuhar api gas, 160 darjah sentigred selama setengah jam memadai.
= jika kukus, kukuslah selama 30 minit. Air pengukus hendaklah seinci dari loyang (isian penuh)
= Jika guna oven elektrik, tetapkan api 200 darjah sentigred bahagian bawah sahaja. Ketinggian loyang dari besi bara tu sejengkal (ibu jari dan jari telunjuk).

Jika sudah mahir, boleh naikkan lagi jumlah bahan sekali ganda seperti berikut
2 cawan gula
2 cawan air panas
setengah cawan marjerin

8 biji telur gred B atau 7 biji gred A
setengah tin susu pekat
1 sudu makan vanila

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan soda bikarbonat
2 sudu kecil serbuk penaik

di bakar selama 35 minit hingga 45 minit. Bermakna, masa minit 35, kena cek sama ada dah masak belum, bau rentung ke tak. Banyak faktor mempengaruhi. Jika sudah berjaya dan mahir, kekalkan alatan anda itu termasuk ketuhar yang anda guna kerana setiap alat dan ketuhar berbeza-beza jenis dan suhunya.

Masih tidak jadi sarang semut?
1. Masa membakar boleh jadi kurang 5 minit atau lebih 5 minit dari yang dinyatakan di atas.
2. Suhu api boleh jadi kena kuatkan lagi atau kena perlahankan lagi.
3. sukatan di atas ialah sukatan standard mengikut acuan standard, boleh jadi sukatannya berubah jika menggunakan cawan minuman.
4. TERAKHIR: Jika ketuhar elektrik anda bakar kek ini sebanyak 3 kali tidak menjadi, bermakna anda kena tukar ketuhar api kerana ada sesuatu tidak kena pada ketuhar elektrik anda.

Telur Shashuka Ceria

Posted: 21 Jul 2016 01:23 AM PDT

Telur shashuka (Syasyuka) adalah masakan yahudi dan mediteranean sering dijumpai di restoran nasi arab milik warga arab di Malaysia. Inilah bahan-bahannya.

Bahan Tumis
bawang besar 1 biji atau bawang kecil 2 biji
Bawang putih parut 2 biji
Lada benggala 1/2 biji
tumis sampai bawang layu dan naik bau kemudian

Campurkan
Sos tomato 2 sudu kecil
tomato cincang 800g (saya gantikan dengan 3 sudu besar sos pasta, 2 biji tomato kerat 16 dan 1/2 cawan air).

gambar contoh tomato cincang dalam tin.


Jintan putih 1 sudu kecil
Paprika 1 sudu kecil
Serbuk cili 1 sudu kecil (saya ganti cili boh)
Cili empeng 1 sudu kecil (saya tak letak sebab pedas sangat)
Gula 1 sudu besar
garam 1 sudu kecil
lada hitam 1 sudu kecil

didihkan 15 minit atau sampai pekat. Cuba rasa kemasinan. Baiki jika perlu. Kemudia barulah

pecahkan telur 3 biji dan gaul laju-laju jika mahu telur hancur. 

Kalau nak buat telur mata kerbau, pecahkan atasnya dan tunggu telur masak.

Ayam Mashwi (Dajaj Mashwi)

Posted: 25 Jun 2016 07:52 AM PDT

Resepi Ramadan, nak masak cara nandos tapi gaya arab. Inilah dia, ayam mashwi, mashwi ni maksudnya panggang. Sumber asal resepi ini saya ambil di FB (اكلات وحلويات رمضانية) Aklatun wa Hulwiyyatun Ramadaniah (Makanan dan Manisan Bulan Ramadan). Nama asalnya (طريقة عمل الدجاج المشوي بالكيس) thoriqatun amalunid-dajajil-meshwi bilkis iaitu bermaksud resepi ayam panggang dengan plastik kalis api. Blog resipinya http://www.cookwd.com/2016/05/roasted-chicken.html

Saya kalau masak yang arab, tengok resepi pun yang dari arab. Itulah untung kalau ambil Bahasa Arab SPM. Saya ada ubahsuai sikit resepi asal.

Bahan-bahannya
1.5 kg ayam (ayam seekor)
2 sudu kecil garam
Selepas sapu garam, masukkan dalam peti sejuk beku (freezer) dalam sejam.


Bahan lulur ayam
2 sudu besar minyak zaitun
sebiji jus lemon dan parutan kulitnya
1 sudu besar cuka
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil jintan putih (dikisar)
1 sudu kecil ketumbar (dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar paprika (kalau nak kurangjadi 1/4 sudu kecil)
1/2 sudu besar sos cili (ikutlah jenama apa)
6 ulas bawang putih diparut
1 inci halia diparut
1 biji cili hijau dipotong
1 biji bawang besar (atau 2 biji bawang kecil) dibelah empat dimasukkan dalam badan ayam

*tambahan, saya masukkan dua sudu besar cuka arang (smoke liquid)
*tambahan kedua, saya masukkan sesudu besar rosemary.

Gaul dan lulur. Masuk dan sapu rempah dalam badan ayam. Rehat 10 minit hingga sejam.

Sayuran
2 biji kentang dipotong empat
1 batang lobak merah dipotong empat
2 batang zukini atau timun batang dipotong empat
* nak potong sepuluh pun boleh, potong 4 ni lebih ranguplah.

Jem, sarat pula. Tak pasal-pasal kena tukar bekas. Resepi asal 1 kg ayam, ayam ni ayam besar sebab itu lebih muatan. Terpaksa tukar loyang heheh

Bakar dengan api sederhana (150 darjah sentigred) selama sejam setengah atau api kuat (220 darjah sentigred) selama 45 minit. Siap dihidang bersama sos nandos. Yang latar belakang tu kuih manisan lokma, ada dalam FB tadi juga.

Tips Tanak Nasi Arab

Posted: 05 Jul 2016 12:03 PM PDT

Tips Tanak Nasi Arab ini saya berikan percuma walaupun saya berniaga boleh dapat beribu-ribu, tetapi ilmu adalah dari Allah. Demikian juga rezeki. Kata nenek saya, walaupun kita bagi ilmu memasak 150% kepada orang lain, tetapi air tangan membezakannya. Itulah kata-kata keramat dari nenek saya dan saya harap kita mula berfikiran lebih maju ke hadapan iaitu, jangan ada rahsia dalam resepi.

Inilah Tips Tanak Nasi Arab tak kiralah kabsah, mandi, maqlubah, biryani, bukhari, palao kabuli (bukan nasi kebuli pahang). Apa sahaja jenis nasi asalkan dari tanah Arab, Tanah Afrika, Tanah Parsi, Tanah Afghanistan dan seumpamanya. Antaranya pemilihan beras basmati yang betul, periuk tekanan, rasa salai, kemasinan dan rempah sup asasi.

1. Pemilihan beras basmati
Tanya kedai Pak Arab beras lubnan untuk nasi Arab. Masalahnya, tidak banyak terdapat kedai Pak Arab. Alternatifnya beras basmati yang sesuai ialah jenis Sella (biasa atau emas) iaitu jenama Bernas Era dan Pusa 1121 Par-boiled (biasa atau emas) jenama Jasmine. Saya biasa menggunakan Beras Sella dari Bernas Era. Kalau jenama lain? Boleh juga, tapi tidak akan sama dengan nasi arab yang pak arab tanak. Mereka menggunakan beras mahal, sebab itulah harga nasi mereka mahal. Kita guna beras murah, jual mahal.. ape kejadah? pastu salahkan kerajaan Malaysia hehehe. Mentaliti!

Bernas Era Sella 1121 dan Jasmin PusaGold 1121 

Di bawah ini pula gambar contoh beras sella yang dibeli di kedai pak arab

 
2. Periuk tekanan (Pressure cooker)
Ini penting bagi menjamin kualiti nasi dari beras basmati, ia akan menjadikan beras benar-benar panjang dan tidak berketul. Biasanya, cara tanak nasi ialah 7 minit api besar tambah 3 minit api kecil bergantung jenis jenama dan jenis periuk tekanan.

3. Rasa Salai (smoke-flavour)
Rasa salai boleh dibuat dengan dua cara sama ada dengan cuka rasa salai dan arang.

a. Cuka rasa salai (smoke flavour atau liquid smoke) boleh didapati di pasaraya (seperti yang Chef Amar jual harga RM25.00 lebih kurang 100ml kalau tak silap). Tetapi saya menggunakan cuka salai ini yang saya beli di kawasan kayu arang Kuala Sepetang di Perak. Ekstrak yang diperolehi dari kayu arang itu boleh dibeli dengan harga RM5.00 sebotol 500ml. Harga yang saya sebut ini ialah harga pada tahun 2014, masih tak habis lagi saya guna. Hanya renjis dua sudu besar ke dalam beras sebelum tanak. Sesuai untuk periuk nasi biasa. Cecair ini juga boleh disapukan ke atas ikan atau ayam atau daging dengan oven/ketuhar/periuk ajaib. Rasanya seperti bakar dengan arang

b. Arang (charcoal) hendaklah dinyalakan terlebih dahulu sehingga berbara. Cara ini untuk periuk tekanan sahaja kerana periuk nasi biasa tidak dapat menyerap asap salai. Semasa tanak nasi pada 3 minit api kecil itu atau setelah masaknya nasi, lepaskan udara termampat periuk tekanan kemudian masukkan arang berbara itu.


4. Kemasinan. Itulah yang anda perlu tahu, nasi arab ditanak masin. Pastikan air sup tanak beras benar-benar masin sebelum anda nyalakan api/elektrik. Masin yang bagaimana ya? Masin yang kita tak boleh menghirup kuahnya sebab masin sangat hehe. Maknanya, kalau 1 liter air tu, bukanlah secubit garam, bukanlah sesudu kecil garam, tetapi 2-3 sudu besar garam. Tak percaya? Cubalah!

5. Rempah Sup Asasi. Rebus dahulu air sup dengan rempah asasi sampai mendapat stok daging/ayam yang benar-benar mantap! Sup yang sedap akan membuatkan nasi arab sedap! Sup yang saya maksudkan bukan sup hirup, tetapi sup yang dijadikan air tanak beras basmati. Semua chef akan berkata, sedikit itu sedap (less is more). Terlalu banyak penambahan rempah sesuka hati membuatkan sup kita rasanya aneh dan pelik. Sebenarnya, sup hendaklah dibuat dengan semuda-mudahnya tanpa ada banyak penambahan rempah sesuka hati. Seperti resipi nasi laham mandi, saya ada memberikan rempah asasi bagi membuat air supnya.

Ok, lima di atas cukup untuk menghasilkan nasi arab yang sedap dan lazat. Masya Allah.. lazeez!
Cuba dulu, lazeez!

Boleh copy paste, tak perlu minta izin tetapi jangan sesekali cakap, resepi ini anda punya dan mengharamkan orang lain copy paste sedangkan anda ceduk dari sini. Saya nak ilmu ini semua orang di Malaysia menguasainya!

Tepung Sagupal Ceria (Sagu Yang Dikepal bukan asamgumpal atau segumpal)

Posted: 28 May 2016 08:42 PM PDT

Tepung Sagupal atau kuih sagupal bukanlah dieja asamgumpal atau segumpal sebagaimana yang dieja oleh bloggers dan buku resipinya.

Ianya berasal dari Kelantan, dari perkataan sagu yang dikepal (dibulat-bulat) akhirnya disingkatkan menjadi sagu-pal

 

Ok kita teruskan resepinya, nanti ada yang marah sebab ego yang tinggi. Bahan-Bahan

    2 cawan sagu putih - rendam, bersihkan dan toskan
    4 mangkuk santan
    Sehelai daun pandan
    Sedikit halba
    Sehiris nipis halia
    Gula pasir secukupnya
    Secubit garam

 Cara Membuatnya

    Masukkan sagu ke dalam bekas besar dan tuang air panas mendidih sedikit-sedikit.
    Buat hingga sagu boleh dikepal dan ketepikan.
    Masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
    Masukkan sagu yang telah dikepal tadi dan masak hingga sagu betul-betul masak.
    Sejukkan dan sedia dihidangkan
 

Thursday, 13 August 2015

Kelas Bahasa Arab Melalui Whatsapp Percuma | Blog Resipi Malaysia


Kelas Bahasa Arab Melalui Whatsapp Percuma

Posted: 08 May 2015 09:19 AM PDT

Hari tu kelas inggeris, sekarang kelas Arab. Seronok juga join tapi kakak ceria mute je sebab banyak mendengar. Takut salah je bila bercakap, tapi setakat ni okay la.. ustaz yang kendalikan program ini sangat aktif. Pelajaran setiap hari.

Kata ustaz, luangkan masa 5 minit dalam 3 kali sehari untuk dengar audio dan berbual. Soal jawab adalah fokus kepada kumpulan ini dan matlamatnya ialah untuk melahirkan generasi yang pandai cakap Arab dan tidak malu bercakap arab lagi.

Pesertanya semua from zero. Sekarang ni kat kelas perempuan, dekat 10 orang yang aktif berbual. Hebat betul, from zero to heroin. Kelas lelaki tak tahu pula keadaannya.

Facebook group ini di http://www.facebook.com/baitularab dan pengajian percuma. Cuma nak kena komitmen tu yang payah sikit, dengan anak-anak lagi, husband lagi, lauk pauk ceria resipi lagi hehehe. Tapi kencang juga ukhti kita dalam group tu, nurse pun dah pandai cakap arab, Agaknya dia nak buat preparation kerja ke Saudi agaknya hehehe..

Kelas percuma, cuma kena rajin-rajin dengar audio ustaz. Kalau nak dengar semua audi dari peserta pun boleh tapi kalau dah sampai 300 audio sehari yang dirakam, jenuh juga kan?

Khabarnya pendaftaran untuk pengambilan baru telah dibuka dan kelas bermula 25 Mei 2015 ini. Caranya PM nombor fon ke FB tu. http://www.facebook.com/baitularab

cerita banyak tak guna, jom memasak dengan resipi rahsia ceria resipi!

Sunday, 5 April 2015

Speaking English Course via Whatsapp | Blog Resipi Malaysia


Speaking English Course via Whatsapp

Posted: 05 Apr 2015 05:30 AM PDT

Ok sekarang saya sedang hangat belajar bercakap bahasa inggeris. Speaking in English via Whatsapp yang saya jumpa di facebook di https://www.facebook.com/BiiTEnglishCourse

Mudah sahaja, press record button dalam whatsapp kemudian bercakap. Tugasan biasanya hari ahad sehingga khamis manakala hari jumaat dan sabtu ialah hari bebas untuk berbual apa sahaja.

Masa assignment tu, admin akan betulkan kesalahan grammar percakapan kita. Memang seronoklah.. dulu takut nak cakap inggeris tapi bila try benda ni, rasa semakin berkeyakinan. Ramai juga yang broken grammar, grammatical error, korea ada, arab saudi ada, indonesia ada, semua dalam group tu. Saya baru level 1.
Entah bila naik level 2, tapi memang best. Dia ada cakap, benda ini free sehingga bulan May. Jadi cepat-cepatlah sebab kalau baca T&C di facebook, yuran level 1 ialah RM10, level 2 pula RM20. Sebelum terkena yuran RM10 yang ciput ni, baik kakak ceria improve komunikasi dulu hahahaha...

Iklan dia seperti ini:
Open now.. type:
English Speaking Course 
and send to
+601152204672
You will be automatically upgraded to the next level after introducing yourself!

Lepas tu kalau tak silap kita akan masuk grup biit00, lepas introduce diri kita dan diberi satu soalan, kita akan naik level 1. Semuanya dengan merekodkan perbualan kita dan dia tak bagi menulis sebab kononnya nak improve skill perbualan sahaja. Kalau tulis, kakak ceria pun kencing.. SPM 1A beb, oral test 5. hahaha.. gelak sorang sebab fail bercakap.

Ok jomlah kita join sementara percuma untuk bulan ni. Teacher and sir dia ada dari kalangan guru tuisyen inggeris dan ada juga guru TEFL dan TESL.


Simple T&C
1. You must talk only and don't write (type) anything. Press record button to talk.

2. Assignment will be released every Sunday to Thursday. Friday and Saturday will be offday and free conversation. That means you can speak anything.

3. Please give your answer to each assignment. Your progress will be recorded by admin in order to promote you to the next level.

4. Those who are excellent in grammar and the most hardworking member will be promoted.

5.  Don't talk about racial hatred, obscene, political fanatisme and religion hatred in the group.

6. Other T&C will be annouced without earlier notice

How to join the program

1. The Basic English program is free but with condition or you will be removed.

2. You will be promoted to Level 1 if you introduce yourself. In this level, the fee is RM10 per month. Please complete the assignment given. You will be promoted to the next level or stay at the same level or maybe will be removed if you just keep quiet (want to be observer) without paying any fee (minimum one weeks).

3. Level 2's fee is RM20 and so on.

4. You can be an admin at any level if you are qualified and will be paid depends on the fee collected. But you must give your commitment 

5. Other condition will be announced without earlier notice.

Thursday, 6 November 2014

Nasi Kabuli Palao Afghanistan Ceria (کابلي پلاو) | Blog Resipi Malaysia


Nasi Kabuli Palao Afghanistan Ceria (کابلي پلاو)

Posted: 05 Nov 2014 10:40 PM PST

Nasi Kabuli Palao Ceria (کابلي پلاو)
Bahan-bahannya:
2 cawan beras basmati
200 gram daging kisar
1 cawan susu cair
1 cawan minyak sapi
1 cawan pati mengkuang
2 helai daun mengkuang
3 biji bawang merah
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1batang kayu manis
secubit cengkih
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
garam secukup rasa
air tapis (jika air kurang)
1 biji tomato didadukan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu serbuk lada hitam (jika mahu) Cara menyediakannya
Cairkan minyak sapi dan masukkan semua jenis bawang
Masukkan rempah ratus
Masukkan daging
Tuangkan pati sengkurang dan daun sengkuang.
Masukkan susu cair. Kacau dan Perasakan dengan garam
Kemudian masukkan beras yang telah dicuci.
Masak seperti memasak Nasi. Siap untuk dihidangkan

hiasan:
hirisan lobak merah
3/4 cawan kismis
1/2 sudu teh ketumbar
1 cawan minyak masak

Caranya: Goreng semua bahan ini sehingga kekuningan. Toskan minyak.


Sedap dimakan bersama ayam tandori, daging kambing masak kuzi dan juga dihiasi dengan papadum.

Resipi Sos lada Hitam Ceria

Posted: 05 Nov 2014 10:43 PM PST

1 1/2 cawan stok ayam atau daging
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega atau marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum/jagung
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan didihkannya.
2. Kemudian tapis. buang bawang. Dan didihkan semula
3. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum atau tepung jagung untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Wednesday, 11 June 2014

Begedil daging burger - Blog Resepi Malaysia


Begedil daging burger

Posted: 09 Jun 2014 12:11 AM PDT

 gamba lama yg pernah buat dulu.... beso2, makan ngan fresh salad!

 begedil yang cuma tinggal gambar saja.... memula nak tiup habuk2 dan sapu sawang kat blog yang lama terbiar ni.... begedil ni pun buat untuk majlis bacaan surah A-Khafi pada hari jumaat lepas... buat pun macam emergency saja, sbb baru balik dari kampung dan x plan nak buat bacaan ni kat rumah kak rose, tp disebabkan kawan yang dah amik giliran tu x dapat buat dan tak de sapa nak sahut dia punya distress called, maka kak rose pun volunteer kan diri. so sepetang khamis tu bz siapkan bahan2 nak buat soto ni, termasuk lah begedil daging berger ni.... freezerkan dan esok pagi2 baru goreng.

 begedil daging burger emergency....kecik2 jer bahan sampingan untuk soto ayam


 nasib baik semua bahan ade kat rumah, so mudahlah nak sediakan semuanya walapun sedikit kelam kabut sbb x dak assistant yang boleh tolong.... sambil rebus nasi impit, buat kuah soto n buat jugak begedil ni dan siapkan segala mak nenek bahan sampingannya.... resepinya kak rose amik dari Diana dan kak rose pernah buat jugak

 sebahagian yang masih berbaki.... belum masuk dalam koli.

resepinya... kak rose buat sekilo kentang, so memandai la nak adjust bahan2 tu ya.

Bahan²

2 biji kentang saiz sederhana besar

Sedikit garam

1 keping daging burger

Daun sup / daun bawang dicincang _ optional

1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _  (kak rose x bubuh)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( x de)
Sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng - yg ni kak rose tambah

1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam

Minyak untuk menggoreng

 begedil daging berger berposing dalam soto ayam n nasi impit....


Cara²

  1. Basuh dan buang kulit kentang.
  2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
  3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
  4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
  6. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
  7. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
  8. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
  9. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
  10. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
  11. Angkat dan toskan atas paper towel.

Monday, 9 June 2014

Apam Seri Ayu - <b>Resepi</b> rakyat <b>malaysia</b> | Blog Resipi Malaysia


Apam Seri Ayu - <b>Resepi</b> rakyat <b>malaysia</b>

Posted: 29 May 2014 08:45 AM PDT

Tujuanku adalah untuk menghimpun semua resepi masakan dan contoh hasil masakan untuk kemudahan masyarakat. credits: resepi siber 2002 sebagai panduan, resepinannie, resepimasakankini, --akan ditambah lagi panduan--

 
Semua gambar dan juga resepi yang dipostkan di BLOG-RESIPIMALAYSIA adalah hakmilik tuan/puan punya asal. © 2014. Tempat untuk mencari resipi ala Malaysia